Disebalik Foto Perkahwinan Paling Rare, Rupanya Timbul Status Lelaki Itu Adalah Suami Orang.

Sudah pasti semua pasangan suami isteri akan mengabadikan kenangan hari terindah mereka dengan pelbagai gaya tersendiri. Semalam telah tular beberapa foto perkahwinan yang diambil berlatarbelakang air b4njir yang melanda sempadan selatan Thailand. Semua foto yang diambil oleh jurugambar perkahwinan tersebut tular sehingga ke Malaysia kerana keunikannya diambil semasa berlaku b4njir besar.

Pada awalnya kisah mereka ini tular apabila foto perkahwinan Syed Busri dan isteri keduanya dikenali sebagai Heedaya tersebar meluas di media sosial kerana terlihat unik. Ini adalah kerana mereka bergambar dalam keadaan b4njir untuk majlis perkahwinan mereka.

Walau bagaimanapun, di sebalik keindahan foto-foto yang tular tersebut, sebenarnya ada kisah yang telah dirungkai oleh netizen.

Perkongsian itu akhirnya sehingga mendedahkan identiti sebenar pasangan pengantin tersebut. Berasal dari Thailand, pengantin lelaki yang dikenali sebagai Syed Busri sebenarnya sudah mempunyai seorang isteri dan 3 orang anak sebelum menikah dengan gadis pilihannya.

Apabila terbongkar status perkahwinan pertamanya, dia telah mengeluarkan kenyataan bagi menjernihkan hal tersebut menerusi laman Facebook miliknya.

Syed Busri menjelaskan bahawa perkahwinan keduanya telah diketahui oleh isteri pertama sebelum melangsungkan perkahwinan kedua. Dia turut meminta agar orang ramai berhenti meninggalkan sebarang komen n3gatif mengenai mereka di laman sosial.

Syed Busri bersama isteri pertama dan anak-anak

Rentetan daripada itu, isteri pertama Syed Busri juga telah memuat naik status di Facebook supaya menghentikan segala t0hmahan kepada mereka. Dia meminta perakara itu tidak berlanjutan agar tidak menjejaskan keadaan yang sedia ada dalam keluarga mereka.

SUMBER: Vanilla Daily

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

error: Content is protected !!