“Doakan kami sekeluarga kuat untuk terima kemungkinan yang mendatang ” – Rawatan Ayah Mertua Adam Corrie di hentikan.

Hiburan

 

Pelakon yang terkenal dengan watak antagonis, Adam Corrie Lee berkongsi kisah bapa mertuanya yang menjalani rawatan Dialisis selama tujuh tahun.

Menerusi entri di Instagram (IG), Adam berharap agar orang ramai dapat mendoakan kesihatan bapa mertuanya itu kembali sihat semula seperti biasa.

“Ini abah (bapa mertua) kesayangan saya. Selain mendiang ayah saya, abah dah jalani rawatan Dialisis selama 7 tahun. 

“Sekarang rawatan dialisis sudah dihentikan kerana badan abah tak boleh terima lagi. Berat badan abah sekarang 37kg. Tiada daging, Hanya kulit membalut tulang.

 

 

“Doakan kesihatan abah (bapa mertua) saya dan dipermudahkan segala urusannya dan doakan kami sekeluarga kuat untuk terima kemungkinan yang mendatang.

“Minta jasa baik jangan iklan & syorkan kepada pesakit yang menjalani rawatan atau sudah berhenti dialysis ambil sebarang produk tanpa saranan Doktor.

“Selidik & kaji dahulu sakit pesakit, sebelum suruh kawan atau keluarga kita makan apa-apa. Kita bukan Doktor,” tulisnya.

Menerusi ruangan komen rata-rata mendoakan agar ayah mertuanya kembali sihat serta mereka kuan untuk menerima sebarang kemungkinan selepas ini.

Adam atau nama sebenarnya, Adam Corrie Lee Abdullah, 50, mendirikan rumah tangga dengan isterinya, Fazema Mohd Fuad, 40, pada 21 November 2008 dan dikurniakan seorang anak bernama Adam Fateh Lee.