“Dr Amalina Bersungguh Mahu Ainul Di Bawa Ke UK, Sehinggakan Urusan Airline Beliau Uruskan”- Adik Ainul Telah Berlepas ke UK.

Keluarga Santai Semasa

Hari ini merupakan harapan besar buat kedua ibu bapa kepada adik Ainul Mardhiah yang mengalami ketumbuhan seberat 1.2 kilogram pada bahagian mulut.

Di atas kesungguhan doktor pakar pelatih surgikal kelahiran Malaysia, Dr Nur Amalina Che Bakri, adik Ainul akan berangkat ke United Kingdom bagi  mendapatkan rawatan dari pakar perubatan di sebuah hospital terkemuka di UK

Image result for ainul mardhiah

Sebelum berlepas di lihat bapa Ainul,  Ahmad Safiuddin Ahmad Razak meluahkan rasa syukurnya di ats bantuan dan kesungguhan semua pihak dalam membantu adik Ainul untuk sembuh ..

Kami ibu bapa ainul mardhiah tidak pernah melancarkan sebarang tabung. Tetapi masyarakat sendiri dengan inisiatif mereka, mahu buat tabung/kutipan untuk anak kami. Sebab itu, kami sangat terhutang budi dengan tuan/puan yang prihatin ini.

Tidak tahu bagaimana mahu membalasnya. Tidak berdaya kami untuk membalasnya.

Semoga di akhirat kelak, Allah berikan ganjaran syurga buat tuan puan semua dan Allah permudahkan urusan tuan/puan di dunia.

Sebelum kisah Ainul viral, kami tidak pernah terlintas atau terdetik pun dalam hati nak bawa Ainul ke UK. Langsung tidak pernah terfikir pun mampu membawa ainul ke UK.

Tapi sejak gelombang Ainul Mardhiah, dengan bantuan orang ramai yang tidak henti, kami bercadang untuk berusaha cari rawatan di luar negara setelah diberi peluang oleh anda yang concern terhadap Ainul Mardhiah.

Alhamdulillah, ramai yang nak bantu bawa ainul ke UK. Dan sekarang, Dr Amalina sendiri di atas usaha beliau, bersungguh-sungguh mahu Ainul di bawa ke UK dan di rawat di sana. Sehinggakan urusan Airline pun beliau yang uruskan. Dr Amalina nak pastikan yang Ainul dapat terbang ke sana tanpa ada sebarang masalah undang-undang.

Beliau yakin, di sana ada peluang untuk Ainul di rawat.

Bukan Dr di malaysia tidak bagus, tetapi kita semua perlu berlapang dada, ilmu kita terhad, pengalaman kita terhad. Mungkin di malaysia lebih bab itu, tetapi kurang mahir bab ini.

Ainul Mardhiah bukan sakit biasa biasa, kes sepertinya sangat jarang berlaku di Malaysia.

Kami harap tuan puan tidak salah faham atau menyalahkan mana mana individu yang sedang berusaha untuk bawa Ainul ke luar negara.

Apa pun, kami suami isteri berdoa semoga apa pun jalannya, Ada Allah swt yang mendorong.

Semoga ada Allah swt dalam setiap langkah dan keputusan kami.
Terima kasih rakyat malaysia!

Sebelum ini bapa Ainul ada memaklumkan persediaan Dr. Amalina Bakri dan para perubatan di United Kingdom (UK) telah bersedia mengambil kes anaknya.

Sementara itu, Dr Amalina ada memohon bantuan netizen untuk menghulurkan sumbangan kepada ibu bapa Ainul agar bayi itu dapat dibawa ke London bagi menjalani pembedahan.

“Dear all, I would really need your help in order to get Baby Ainul to London. Could you please donate to this account:

554110509928 Maybank
Ahmad Safiuddin Ahmad Razak

“Thank you very much for your help,” tulis di Instastory semalam.

Mari kita berdoa agar segala usaha dalam merawat Adik Ainul di permudahkan dan dapat kembali ke Malaysia dalam keadaan yang sihat. Terima Kasih Dr Amalina dan rakyat Malaysia yang membantu dalam urusan membawa adik Ainul di UK.

 

sumber : FB Ahmad Safiuddin via hiburan media terkini