“Mak anak 2×5 untuk content marketing je..”- Netizen Komen Video Aliff Syukri Jumpa Bonda Rozita Sekadar Drama.

Hiburan

Umum tahu yang ibu kepada jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri iaitu, Rozita Ibrahim semalam telah memuatnaik video untuk menegur secara terbuka kedegilan anak lelakinya itu.

Menerusi video tersebut Rozita atau lebih dikenali sebagai Bonda Rozita, mahu Aliff berhenti menagih perhatian ramai dengan aksi memalukan keluarga selepas anaknya itu memuat naik video mengeluarkan air mata darah.

Rozita juga mahu anaknya menumpukan perhatian kepada perniagaan kerana tidak berbakat sebagai penyanyi, tambahan lagi selepas mendengar single terbaru Aliff, Ingin Bahagia yang dikongsi di laman sosial Instagram (IG), semalam (Rabu).

Dalam video berdurasi dua minit 29 saat yang dimuat naik Rozita di IG, wanita tersebut memohon maaf kepada anaknya kerana terpaksa berkongsi rakaman berkenaan.

Rozita berkata, dia malu dituduh tidak pandai menjaga anak, sedangkan sudah beberapa kali menegur usahawan tersebut supaya berubah.

Terbaru yang dikongsikan di IG Dato Aliff Syukri adalah rakaman beliau dengan ibunya. Tujuan Aliff Syukri pergi berjumpa dengan ibu beliau, Bonda Rozita untuk perjelaskan apa yang terjadi. Disebabkan terlalu malu kerana mak beliau sendiri menkritik apa yang Dato Aliff buat sehingga rasa tertekan dia cakap akan saman mak dia sendiri. (Video diakhir artikel)

Terkedu sekejap Bonda Rozita bila dengar anak lelaki dia sendiri nak saman dia. Walaupun Bonda Rozita kecewa sebelum ini tetapi beliau beritahu lagu Aliff Syukri kali ini lebih elok kerana tiada menari dan tiada (ehem ehem) di dalam musik video.

Tak salah pun mintak maaf dgn mak… betul tak?? Saya sayang ..saya janji x buat vidio yg mak x suka lagi lepas ni…..terima kasih syg saya kri dr dulu sampai skrg..sy tau knp Mak selalu tegur saya sbb syg kri.. i love u mak sampai syurga @bondarozitaibrahim Biar apa orang mengutuk dan mengecam saya yang penting keluarga saya tahu siapa saya dan saya minta restu mak saya dan saya tak nak bagi mak saya marah lebih baik saya mengalah – Aliff Syukri

“Ko Nak Saman Mak? Sekarang Mak Kena Hormat Ko Atau Ko Kena Hormat Mak?”

Ayat yang dikeluarkan oleh Aliff Syukri itu bukan lah serius rasanya. Saja nak bergurau dengan maknya. Mana mungkin Aliff Syukri akan saman mak sendiri.

Rata rata netizen tetap meninggalkan komen supaya Aliff Syukri berubah dan jangan buat hal hal yang kontroversi lagi. Namun ada yang berpendapat mereka sekadar ‘berdrama’..

Sumber: IG ALiff Syukri , Artikel Credit: Viddy Media