D4rurat: Pejuang ‘ready’ nak hantar surat ke YDP Agong, PH belum pasti, Umno ‘tiada’

Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) akan menghantar surat kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah bagi memohon d4rurat ditarik balik, selewat-lewatnya esok.

Timbalan presiden penajanya Marzuki Yahya berkata surat itu akan mewakili permintaan kesemua empat orang anggota parlimen Pejuang.

“Kita dah siapkan surat. Mungkin akan hantar hari ini atau selewat-lewatnya esok,” kata Marzuki Yahya kepada Malaysiakini sebentar tadi.

Isu sijil akademik: Marzuki serahkan kepada Perdana Menteri | Astro Awani
Marzuki Yahya 

Dia bagaimanapun tidak menjelaskan sama ada surat itu akan ditandatangani kesemua anggota parlimennya atau presidennnya Mukhriz Mahathir saja.

Marzuki yang juga seorang senator berkata surat itu akan dihantar kerana daripada awal melihat perintah kawalan pergerakan (PKP) sudah cukup untuk mengekang C0vid-19.

Empat anggota parlimen Pejuang itu termasuk Dr Mahathir Mohamad (Langkawi), Mukhriz Mahathir (Jerlun), Amiruddin Hamzah (Kubang Pasu) dan Shahruddin Md Salleh (Sri Gading).

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim pada 14 Januari lalu menggesa wakil rakyat pembangkang menghantar warkah rayuan kepada Agong bagi memohon agar pengisytiharan d4rurat dibatalkan dan parlimen bersidang secepat mungkin.

A stale, old script': PKR grassroots say of latest sexual misconduct claims against Anwar - TODAY
Anwar Ibrahim 

Pakatan Harapan (PH) berpendapat d4rurat tidak perlu, antaranya kerana ia did4kwa memberi kuasa mutlak kepada perdana menteri untuk “melakukan apa saja” selain did4kwa menjejaskan proses semak-imbang dalam negara.

Surat wakili 95 anggota parlimen

Sementara itu, sumber yang dekat dengan Anwar memberitahu Malaysiakini, sebanyak 95 anggota parlimen terlibat dalam surat rayuan PH kepada Agong.

Bagaimanapun hanya sepucuk surat bersama akan dikeluarkan dan bukan secara berasingan.

Ia, katanya, melibatkan kesemua 91 anggota parlimen PH daripada PKR, DAP dan Amanah dan selebihnya melibatkan anggota parlimen bebas, yang tidak dinamakan.

Bagaimanapun setakat ini telah jelas bila surat itu akan dihantar walaupun ia pada mulanya dikatakan akan diserahkan hari ini.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil ketika dihubungi Malaysiakini sebentar tadi tidak memberikan tarikh dan masa yang tepat.

“Kami akan beritahu pihak media nanti.

“Buat masa ini kami belum terima sebarang arahan (berkaitan penghantaran surat itu),” katanya ringkas.

Pemecatan 2 pemimpin AMK tak jejas pendaftaran PKR - Fahmi
Fahmi Fadzil 

Sementara itu, masih tidak jelas sama ada terdapat anggota parlimen Umno akan menyahut seruan Anwar untuk menghantar permohonan itu kepada Agong.

Tiada, kata Tajuddin

Pengarah Pilihan Raya Umno Tajuddin Abdul Rahman ketika ditanya Malaysiakini berkaitan perkara itu hanya memberikan jawatapan ringkas “tiada”.

Umno sebelum ini mengingatkan bahawa kuasa bawah Ordinan D4rurat hendaklah tertumpu kepada urusan pengawalan C0vid-19 semata-mata.

Umno's Tajuddin: Not a surprise if parties willing to back Anwar if he offers what they want | Malaysia | Malay Mail
Tajuddin Abdul Rahman 

Ketua whip parlimen Parti Warisan Sabah Rozman Isli semalam memberitahu Malaysiakini bahawa anggota parlimen Warisan tidak akan menulis surat kepada Agong kerana presidennya Shafie Apdal sudah menyatakan pendirian melalui sidang media.

Al-Sultan Abdullah memberi perkenan supaya Pengisytiharan Pr0klamasi D4rurat dilaksanakan sebagai langkah proaktif untuk membendung C0vid-19.

Menurut Ordinan D4rurat yang baru, parlimen dan pilihan raya digantung, kerajaan boleh menggunakan aset persendirian atau swasta untuk merawat pesakit C0vid-19 dan tentera diberi kuasa menguatkuasakan undang-undang.

Khairuddin saman PM kerana nasihat isytihar d4rurat

Ex-Umno leader arrested after making 1MDB report, SE Asia News & Top Stories - The Straits Times

Sementara itu, Khairuddin Abu Hassan mengemukakan cabaran undang-undang di mahk4mah berhubung nasihat Perdana Menteri Muhyiddin Yassin kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan d4rurat yang dikuatkuasakan ketika ini.

Khairuddin yang dikenali sebagai penyokong kuat bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad, mengemukakan cabaran undang-undang itu melalui firma guaman Messrs Law Practice Rafique di Mahk4mah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Perkembangan itu hadir selepas pelbagai pihak baru-baru ini mencadangkan isu d4rurat dibawa ke mahk4mah .

Semalam, Presiden PKR Anwar Ibrahim mengatakan bahawa pihaknya akan mencabar pengisytiharan d4rurat oleh kerajaan.

Menurut salinan saman pemula berkenaan, Khairuddin antara lain meminta mahk4mah memutuskan apakah nasihat Muhyiddin tidak sah kerana dia did4kwa keh1langan sokongan majoriti anggota parlimen di Parlimen.

“Sama ada nasihat oleh seorang perdana menteri yang telah h1lang kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat untuk mencadangkan kepada Yang di-Pertuan Agong bagi satu pengisytiharan pr0klamasi d4rurat adalah tidak sah dan tidak berpelembagaan.

“Sama ada nasihat oleh perdana menteri kepada Yang di-Pertuan Agong bagi satu pengisytiharan pr0klamasi d4rurat telah dibuat ‘in fraudem legis’ di mana pada ketika nasihat itu diberikan, beliau telah h1lang kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat untuk terus kekal sebagai perdana menteri,” kata senarai perintah mahk4mah yang dipohon Khairuddin itu.

Dia memohon mahk4mah menentukan keabsahan keputusan kabinet Muhyiddin mencadangkan pengisytiharan d4rurat ketika ahli parlimen Pagoh itu did4kwa sudah tidak lagi mendapat sokongan majoriti ahli parlimen.

Khairuddin juga memohon mahk4mah menentukan keabsahan penggantungan sesi parlimen sehingga 1 Ogos atas alasan yang sama.

Menurut salinan pernyataan d4kwaan itu Khairuddin mend4kwa untuk pertama kali dalam sejarah negara, krisis perlembagaan berlaku apabila dicetuskan Muhyiddin yang memberikan nasihat kepada Agong ketika dia tidak lagi mendapat sokongan majoriti ahli parlimen.

 

Sumber: Mkini

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf