“Sentimen Yang Sangat Bagus,” Tind4kan Dr Zulkifli Hadiahkan ‘Kitab Biografi Nabi Muhammad’ Kepada Duta Perancis Raih Pujian Warganet Luar

Beberapa hari yang lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri ada berkongsikan di laman Twitter miliknya mengenai surat khusus berhubung peristiwa terkait kar1k4tvr Nabi Muhammad SAW oleh ChrI1e H3bd0 yang dihantar ke Tuan Yang Terutama Duta Perancis di Malaysia.

Dalam perkongsian itu juga, Dr Zulkifli ada menyatakan bahawa beliau turut menghadiahkan sebuah buku bertajuk al-Shama’il al-Muhammadiyyah dalam terjemahan Bahasa Inggeris.

Tindakan tersebut bagaimanapun telah menarik perhatian warganet antarabangsa yang kagum akan cara yang ditunjukkan itu.

“Kerajaan Malaysia telah menghantar sebuah buku bertajuk Shamail – Keterangan berkenaan Nabi Muhammad S.A.W, sifatnya, akhlaknya, serta penampilannya. Sentimen seperti ini sangat bagus. Mendidik,” tulis seorang warganet bernama Hasib Noor.

Perkongsiannya itu telah menjadi tular di media sosial Twitter. Sehingga kini ianya telah mendapat lebih 1,000 ulang ciap serta lebih 2,000 Likes.

Warganet yang peka dengan tindakan itu turut menyatakan rasa kagum mereka.

 

 

Sumber: Twitter, Siakap Keli

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.