“Dua Bulan Menghimpun Doa, Menahan Raung Tangis..” Luahan Ibu Acap , Mohon Orang Ramai Jangan Putus Berdoa Buat Anaknya.

Semalam telah genap dua bulan kehilangan peserta Gopeng Ultra Trail 2019, Mohammad Ashraf Hassan atau lebih dikenali Acap.

Bagaimanapun, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak masih belum berputus asa mencari mangsa walaupun operasi mencari dan menyelamat (SAR) sudah ditangguhkan bermula 17 April lalu sehingga menemui petunjuk baru.

Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Mohd Yunus Abu berkata, pihaknya masih melakukan rondaan berkala di sekitar lokasi Acap dilaporkan hilang.

“Kami juga setakat ini masih lagi menerima kunjungan daripada orang ramai yang mahu membantu mencari Acap.

“Walaupun pos kawalan bomba yang dibuka di Kampung Pintu Padang di Gopeng sudah ditutup, tetapi bagi kes ini kita masih lagi meneruskan rondaan secara berkala.

“Saya dimaklumkan bahawa memang ada orang awam yang datang ke balai bomba memberitahu ada petunjuk.

“Kita mengalu-alukan, namun setakat ini masih belum menampakkan sebarang hasil,” katanya ketika dihubungi di Ipoh, hari ini.

Terbaru di laman FB abang Acap, ibu meminta orang ramai agar menitip kan doa buat acap..

 

Permintaan Mak Moga Dengan Doa Kalian
Dikemuliaan Ramadhan Al Karem Agar Dipermudah Segala Ikhtiar

Berikanlah Aku Kekuatan Ya Rahman

لَّا إِلَـٰهَ إِلَّا أَنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

 

No photo description available.

Image may contain: one or more people

Pihak keluarga acap juga mengagihkan makanan berbuka kepada orang ramai atas nama acap

Lepas subuh tadi ke pasar…Bincang2 Dapat la potong kambing seekor… 
Siap Dah Packing Utk Diagihkan.. Niat Atas Nama Acap.. Abang Ikhtiar Upaya Abang Dik.. Mak Dah Buat Selama 2bulan Acap Balik Yer.. Raya Dah Dekat Nie..

Permintaan Mak Moga Dengan Doa Kalian
Dikemuliaan Ramadhan Al Karem Agar Dipermudah Segala Ikhtiar

Berikanlah Aku Kekuatan Ya Rahman

لَّا إِلَـٰهَ إِلَّا أَنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

No photo description available.

Image may contain: food

Image may contain: text

 

Pada 23 Mac lalu, Acap disedari hilang selepas tidak tiba di garisan penamat sebelum rakannya membuat laporan mengenai kehilangannya.

Respon orang ramai..

 

Tak sanggup melihat ibu merindukan anak

 

Ya Allah segerakanlah pertemuan..

sumber : FB Danny Lang

 

error: Content is protected !!