“Dulu Di Cemuh Netizen, Sekarang Di Angkat Di Puji”- PU Rahmat Puji Keperibadian Dr Amalina

Hiburan

Semua sedia maklum Dr Amalina Bakri antara individu bertanggungjawab dalam proses pembedahan bayi sembilan bulan yang menghidap ketumbuhan di mulut, Ainul Mardiah Ahmad Safiuddin.

Rentetan daripada kejayaan itu, ramai netizen menzahirkan ucapan terima kasih kepada Dr Amalina dan pasukannya yang berjaya melakukan pembedahan itu dengan selamat.

Selain netizen, kejayaan itu turut menarik perhatian Pencetus Ummah (PU) Rahmat Ikhsan yang tidak terlepas memuji sikap doktor yang berpangkalan di United Kingdom (UK) itu.

 

Menurutnya, walaupun pernah dicemuh satu ketika dulu, Dr Amalina membuktikan dia seorang yang berpendirian teguh.

“Hampir setahun lepas Dr Amalina dicemuh netizen kerana tidak menutup aurat dan hari ini dia diangkat dan dipuji kerana membantu Ainul Mardhiah

“Apa jawab Dr Amalina? Tak hidup di puji tak mati dikeji.

 

 

“Ya, inilah sepatutnya yang ada pada setiap insan. Melakukan sesuatu bukan kerana manusia,” katanya.

“Tambahnya lagi, kita tidak akan mampu memuaskan hati semua pihak kerana manusia begitu gelojoh menghukum.

“Kau tidak akan mampu puaskan manusia kerana manusia begitu gelojoh menghukum dan tidak puas menghina.

“Jangan puaskan manusia, puaskan Sang Pencipta,” katanya.

Sebelum ini, bapa kepada Ainul Mardhiah, Ahmad Safiuddin mencoretkan penghargaan kepada Dr. Amalina.

Ahmad Safiuddin  berterima kasih kepada Dr. Amalina kerana bersungguh-sungguh membantu kesembuhan Ainul.

Selepas lebih lima jam bertarung nyawa di bilik pembedahan di sebuah hospital di London, Ainul berjaya dibedah dengan selamat.

sumber : astro gempak