“Sebak tengok wife & 5 anaknya positif CV19..”- Ebit Lew Kongsi Kisah Sedih Keluarga Peserta Tabligh Yang Meningg4l Dunia

Santai Semasa

Semalam, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melaporkan 2 kes kem4tian ekoran wabak Covid-19. Kedua-dua kes tersebut membabitkan dua orang lelaki berusia 34 tahun dan 60 tahun.

Menerusi Facebook Ustaz Ebit Lew, dia berkongsi satu kisah sedih di mana dia sempat membuat panggilan video bersama isteri arwah Muhammad Yusof Bin Haron yang mati syahid disebabkan wabak tersebut. Sedihnya!

Image may contain: 3 people, people sitting and people standing

Sebak menangis baru lepas video call Noradilah wife arwah Muhammad Yusof b Haron 34 thn mati syahid asbab Corona Virus dan beliau memang ada masalah pernafasan dari sebelum ini. Sebak tengok wife dan 5 anaknya positif covid 19. Tapi semuanya dalam keadaan sihat dan tiada demam or sesak nafas. Seorang lagi anak negatif dan kuarantin ditempat lain. Ya Allah tuhanku. Syukur wife sempat lihat arwah sebelum kebumi.

Anak yang besar dah tahu. Yang kecil semua belum faham sangat. Anak dari 7bulan sampai 11tahun. Kecil lagi. Tengok mereka berlari dalam bilik sendiri di hospital JB rasa sebak. Anak-anak syuhada. Terima kasih semua doktor dan nurse di KKM yang berkorban berjuang berjihad disebalik semua ini. Allah selamatkan keluarga pejuang kita semuanya. Selamat semuanya insyaAllah. Hanya syurga dan Redha Allah buat tuan puan semua bahagian depan dalam perjuangan kali ini.

Image may contain: 1 person, sitting, text that says 'Inna lillahi wainna ilaihirojiun. Al fateha buat Muhammad Yusuf Haron. Semoga rohnya dicucuri rahmat.'

 

saudaraku semua terus kita berjuang jaga diri dan kuarantin diri dan ikut nasihat kkm dan negara kita. Jika ada simptom terus buat pemeriksaan. Kita hadapi sebagai sebuah keluarga. Ini waktu bersatu hati. Supaya ALLAH sayang kita. Rahmat Allah sahaja boleh selamatkan kita.

Dari semalam tak boleh tidur mendoakan semua. Sekali tengok arwah macam kenal sangat. Siapa yer. Cuba ingat rupanya tahun 2003 dan 2007 dulu kami pernah jumpa di India Pakistan. Dia dulu belajar hafiz Al-Quran. 15 juz juga. Allahuakbar. Ayahnya pendakwah baik dan pergi ke seluruh dunia di icu tapi kini dah bertambah baik dan pulih. Beberapa kali saya jumpa dia di airport mana dalam dunia mesti tengah baca Al-Quran. Terkesan dengan sifat baiknya. Saya baru lepas beri sedikit sumbangan padanya.

Jika sesiapa sumbang sedikit ini no akaun isterinya

Bank Islam
010 4102 7184 812
Nor Adilah bt Rani

sumber : Ebit lew / gambar Ahmad bin Shadan Al-Hadrami