Ebit Lew nak buka 30 lagi Elewsmart sebelum hujung tahun, netizen bersyukur

Selepas berjaya membuka 10 cawangan pasaraya Elewsmart pada bulan lepas, kali ini pendakwah muda, Ustaz Ebit Lew bercadang untuk menambah lagi cawangan pasaraya tersebut.

Nak tambah cawangan

Menerusi muat naiknya di Facebook, beliau berniat untuk membuka 30 lagi cawangan Elewsmart sebelum hujung tahun ini selepas pasarayanya mendapat sambutan ramai.

Semoga jadi asbab kebaikkan

Menggunakan tagline “Saudaraku, murah” , pasaraya tersebut memberikan harga yang berpatutan dan sebahagian daripada keuntungan pasaraya tersebut disalurkan kepada mereka yang memerlukan.

Menurut Ebit Lew lagi, beliau berharap agar setiap cawangan Elewsmart yang dibuka mampu menjadi asbab kebaikkan buat dirinya dan semua orang dalam meringankan beban individu lain.

Semoga urusan ustaz dipermudahkan

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen yang pelbagai diatas usaha murni Ebit Lew dalam membantu mereka yang berpendapatan rendah mendapatkan barangan keperluan.

Warganet juga turut tidak melepaskan peluang mencadangkan kawasan-kawasan rumah mereka bagi membolehkan mereka membeli-belah di pasaraya milik Ebit Lew itu.

Boleh masukkan barangan IKS Muslim

Boleh buka di kawasan luar bandar

 

Sumber: Ebit Lew, OMM

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.