Eizlan Yusof Akhiri Zaman Duda, Bakal Nikahi Gadis 29 Tahun Disember Ini.

 

Selepas empat tahun menduda, pelakon Datuk Seri Eizlan Yusof akhirnya mengumumkan bakal berkahwin dengan wanita pilihannya, Natasha Rosa Boudville pada 12 Disember ini.

Eizlan, 48, berkata dia membuat keputusan untuk berkahwin dengan wanita berketurunan Serani itu pada September lalu selepas empat tahun berkenalan.

Saya dan Natasha sudah lama berkawan sejak empat tahun yang lalu menerusi sahabat kami. Tapi sepanjang perkenalan itu kami tidak bercinta, hanya berkawan rapat sahaja. Pada sekitar tiga bulan lalu, saya ambil keputusan melamarnya secara spontan dan Alhamdulillah dia menerima lamaran saya. Insya-Allah kami akan bernikah pada 12 Disember ini,” kata Eizlan kepada mStar.

Eizlan mengumumkan perkara tersebut pada sidang media khas Cinta Luar Biasa Datuk Seri Eizlan Yusof di Bora Ombak, Putrajaya pada Isnin.

 

Tambahnya lagi, dia memilih Natasha sebagai pasangan hidup disebabkan berperwatakan wanita berusia 29 tahun itu yang menarik, selain mendapat kebenaran daripada tiga orang anaknya.

Sebenarnya Natasha sudah memeluk agama Islam pada Ogos tahun lalu sebelum kami ambil keputusan untuk berkahwin. Saya terbuka hati untuk berkahwin disebabkan perwatakan dia yang kelakar. Selain itu, dia sangat rapat dan prihatin dengan anak-anak saya. Sebelum saya melamar dia, saya ada minta izin anak-anak terlebih dahulu dan Alhamdulillah mereka sangat gembira,” ujarnya.

Sementara itu, pelakon drama Puteri Yang Ditukar ini enggan mendedahkan wajah bakal isterinya sehingga hari pernikahan mereka.

Pasangan itu akan disatukan sebagai suami isteri pada 12 Disember ini di Bora Ombak, Putrajaya manakala majlis resepsi bakal berlangsung di lokasi yang sama sehari selepas pernikahan.

Dalam pada itu, Eizlan memberitahu Natasha yang bekerja di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur memeluk agama Islam pada Ogos tahun lalu sebelum mereka mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga.

Kelebihan berkahwin dengan duda : Lelaki ini sudah memahami selok-belok rumahtangga. Mereka akan lebih memahami masalah yang bakal ditempuhi dalam hubungan suami isteri dan punya pengalaman tentang bagaimana mahu mengatasinya.

Kesalahan dan kesilapan yang telah dilakukan dalam perkahwinan sebelumnya, sudah pasti akan menjadi rujukan berguna buat dirinya. Ðia pasti tidak mahu mengulanginya dalam rumahtangga yang baru dibina. Kebiasaannya keadaan kewangan lelaki bergelar duda sudah pun cukup mantap. Inilah yang membuatkan ada wanita yang tidak kisah jika jodoh mereka bersama duda.

Kredit:Mstar online

error: Content is protected !!