Tenang di usia 49 tahun, Eja manfaatkan masa yang tersisa bersama Pencipta, suami dan anak

Pasti ramai peminat drama dan seni tanah air merindui lakonan dan wajah penuh kelembutan milik pelakon cantik, Siti Shahrizah atau lebih dikenali sebagai Eja.

Kelibat terakhir Eja di layar perak adalah menerusi drama Seputih Qaseh Ramadan pada tahun 2006 bersama pelakon Arash Mohamad dan Ifa Raziah.

Eja mula memperlahankan penglibatan nya dalam  dunia seni  selepas dia dikurniakan c4haya mata apatah lagi selepas dia berh1jab.

Dalam satu temubualnya bersama majalah Nona, Eja meng4kui walaupun hidupnya penuh glamor, dirinya  benar-benar rasa sunyi dan sepi dan mungkin sebab itu Allah sedang mendidiknya untuk melepaskan cinta dunia.

Maka sebab itu dia lebih suka bersendiri jauh dari dunia glamor yang pernah dikecap dahulu.

“Memang ada mendengar kata-kata kecil saya sudah tidak mahu bergaul lagi atau sudah sombong. Saya bukan begitu, sebenarnya mahu betul-betul manfaatkan masa yang bersisa dengan Pencipta, suami dan anak.” ulas Eja.

Akui Eja, sejak bergelar ibu, tumpuan terhadap anak, Nur Eishal bukan sekadar 100 peratus bahkan lebih daripada itu terutamanya apabila Nur Eishal sudah memasuki alam persekolahan pada tahun 2016.

Demi memastikan anak tersayang menerima didikan sebaiknya, Eja sanggup tidak menerima sebarang tawaran berlakon dan tidak terlibat dengan apa-apa aktiviti.

Eja yang kemunculannya mula dikenali menerusi game show, Roda Impian,pernah juga membintangi beberapa filem antaranya Bilut, Sara, Anak Mami the Movie, Eja cukup sinonim dengan watak wanita Timur yang sarat kelembutan dek kerana wajah ayunya  dan tutur kata yang sopan.

Sepanjang lebih dua dekad bergelar anak seni, Eja yang juga isteri kepada usahawan Mohd Silahuddin Jamaluddin  turut pernah menggondol anugerah Pelakon Wanita Terbaik menerusi filem Janin dalam Festival Filem Malaysia (FFM 24).

Berusia 49 tahun pada 18 Januari lalu,  Eja memanjatkan kesyukuran apabila diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk menuntut ilmu agama.

Malah Eja beruntung kerana rakan-rakannya juga ada menganjurkan private usrah di rumah.

“Bila kita sudah ada ilmu… segala tindak tanduk kita, perkataan kita itu sudah ada asas.

Maknanya tindak-tanduk dan kata-kata kita tu menunjukkan orang yang sudah berilmu.”

Mengulas lanjut mengenai peranan seorang wanita Muslimah, Eja berpendapat,

“Kalau dilihat, untuk seorang wanita kalau jadikan diri kita sebagai wanita Islam untuk masuk syurga itu sangat mudah dan berkeluarga itu adalah salah satu daripada jihad kita dan membuat kerja rumah itu juga adalah jihad kita dan pahala kita sangat besar di situ.

Bagi saya sendiri, saya tak tahu itu semua. Kalau tahu.. saya beranak banyak,” selorohnya.

Mengintai laman media s0sial Eja, sememangnya wanita anggun ini jarang mengemas kini perkembangan terbaharu mengenai dirinya.

Kebanyakan posting Eja lebih berkisar kepada kehidupan Nur Eishal dan perkara-perkara yang berbentuk nasihat atau islamik.

Semoga Eja sentiasa berada dalam keadaan sihat di samping keluarga tersayang dan sentiasa dalam rahmat yang maha Esa.

 

Sumber: Nona

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.