” Pelik..kalau tiktok tak apa pulak post”- Emma Menyindir, Kongsi Video Solat Pula Selepas Gambar Bersama Suami Di Kritik.

Hiburan

Pelakon popular Emma Maembong meluahkan rasa hairan dengan sikap segelintir netizen yang suka mempertikaikan tindakan sesetengah pihak yang berkongsi hal mengenai amalan kebajikan dan keagamaan di media sosial.

Menurut Emma, 28, tiada salahnya sekiranya seseorang individu itu berkongsi mengenai amalan baik yang dilakukan di media sosial kerana ia secara tidak langsung dapat menggalakkan orang ramai untuk melakukan perkara yang sama.

“Pelik zaman sekarang, kalau post TikTok tak apa, jadi trend, ramai-ramai akan ikut. Bila post bab agama mesti ada komen ‘nak tunjuk lah tu”, nak perli-perli.

“Bagi Emma kalau benda baik kita buat boleh gerakkan hati orang lain buat sekali, apa salahnya? Kenapa bab agama je kena simpan diam-diam tak boleh war-warkan?

“Jadi tolong jangan negatif sangat. Ada orang post sedekah pun kena k3cam. Dengan tengok orang post sedekah buat kita tergerak hati nak sedekah sekali atau teringatkan kita untuk sedekah kan bagus,” luahnya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram.

Menurut Emma lagi, masyarakat kita sepatutnya lebih bersikap positif dan tidak melihat dari aspek negatif terhadap posting yang menggalakkan orang ramai ke arah kebaikan.

“Jangan bila orang post agama je nak k3cam. Lama-lama semua orang takut nak post.

“Akhirnya pasal agama semua dah senyap di Instagram, hanya tinggal cabaran yang merepek untuk diviral atau menari-nari TikTok. Tolong selalu jadi positif,” pintanya.

Perkongsian Emma itu kemudian menerima pelbagai respons dalam kalanga pengikutnya yang bersetuju dengan apa yang diperkatakan.

“Betul, yelah asyik scroll Instagram je, elok juga ada orang ingatkan pasal solat. Kadang-kadang tak perasan dah masuk waktu solat.

“Betul tu Emma, abaikan sahaja pemikiran negatif dan sempit manusia,” komen sebahagian netizen.

Terdahulu, dalam posting tersebut, Emma turut berkongsi sebuah video yang memaparkan dirinya yang baru selesai menunaikan solat jemaah bersama suami, Muhammad Shazli Azhar dan bapa mentuanya.

 

 

View this post on Instagram

 

#PleaseStayAtHome ,sementara tggu isyak with my husband @shazli.a n ayah mentua 🌸 pelik zaman sekarang. kalau post tiktok xpe jadi trand ramai2 akan ikut. bila post bab agama mesti ada comment “nk tunjuk la tu” “nk perli2” bagi emma kalau benda baik kita buat boleh gerak kan hati org lain buat sekali apa salah nya? kenapa bab agama je kene simpan diam2 xblh war2 kan? so pls jgn negative sgt.ada org post sedekah pon kene kecam. dgn tgok org post sedekah buat kita tergerak hati nk sedekah sekali or teringat kan kita untuk sedekah kan bgus. jgn bila org post agama je nk kecam. lama2 semua org takot nk post. last2 pasal agama semua dah senyap di ig. hanya tinggal challenge2 yg merepek untuk di viral or menari2 tiktok 😅 pls always positive #EmaNizers #EmmaMaembong @emanizers

A post shared by EmmaMaembong (@emma_maembongofficial) on