“Eriq Kuat Jeles, Asyik Gaduh Last Kami Break”- Cinta Monyet Pelakon Cilik Berakhir, Mitilda Kini Kekasih Nik Adam.

Hiburan

PERKONGSIAN mengenai hubungan cinta pelakon cilik Duerra Mitilda dengan Hezriq Shah yang mendapat restu kedua keluarga pernah menjadi perhatian netizen sebelum ini.

Pelbagai reaksi netizen mengenai hubungan cinta yang terjalin gara-gara usia pasangan itu yang masih muda.

Bagaimanapun menerusi perkongsian Mitilda, 11, di Insta story miliknya baru-baru ini mendedahkan hubungan istimewa itu sudah berakhir.Nik

“Dia kuat cemburu dan tak boleh nak faham status Mitilda sebagai seorang artis… memang Mitilda akan sentiasa rapat dan bergambar dengan mereka.

“Artis dewasa pun macam tu juga. Bila Hezriq susah nak faham, susahlah kami nak terus bertahan. Asyik bergaduh akhirnya kami putus,” tulisnya.

Mitilda mendedahkan perkara berkenaan selepas diajukan soalan oleh peminat di laman Instagram miliknya.

Dalam pada itu, Hezriq turut memuat naik Insta story mendedahkan bahawa kekasihnya itu kini sedang berkawan rapat dengan pelakon cilik iaitu Nik Adam Mika.

Image result for mitilda dan haziq

Kisah percintaan Mitilda dan Hezriq sebelum ini pernah menerima kecaman netizen.

“Memang Mitilda dengan Adam pun,” tulisnya ringkas.

Sementara itu, hasil semakan  ke laman Instagram Nik Adam mendapati pelakon itu ada berkongsi beberapa gambar dan video mesra mereka berdua.

 

Nik Adam dan Mitilda dipercayai mula berkawan rapat apabila kedua pelakon itu kini sedang sibuk menjalani penggambaran bagi projek Runi dan Solah.

sumber : mstar