“Everyone should have this at home” – Anak Sakit Aliff Satar Sarankan Setiap Rumah Perlu Ada Nebulizer.

Hiburan

Kalau ada anak lelah atau batuk bolehlah cuba tips dari Alif Satar nie

Penyanyi Alif Satar menyarankan agar setiap kediaman perlu mempunyai alatan nebulizer agar ibu bapa boleh merawat anak mereka di rumah.

Saranan itu berikutan anaknya, Alisha Anugerah, 4, mengalami masalah batuk berkahak.

“Vape on with Alisha Anugerah. Everyone should have this at home,” tulisnya di ruangan komen.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan saranan Alif itu malah ada yang berkongsi pengalaman mereka menggunakan nebulizer
“@alyaa.hannah: Hurm, to be considered. Minggu ni dah 3 hari ulang alik klinik amik neb kat anak.”

“@aqilamohdrus: Mana dapat ni? Anak tengah selsema kahak. I need this. Baby baru 9 bulan berkahak tak rela nak sedut kat klinik.”

“@n_izani: Kan. Wajib ada kalau ada anak kecik. Senang stok kat rumah. Batuk-batuk consult doktor, neb je kat rumah.”

Malah, Alif turut menasihati ibu bapa yang gusar tentang kesihatan anak mereka supaya segera mendapatkan nebulizer di farmasi-farmasi berhampiran.

 

View this post on Instagram

 

vape on with Alisha Anugerah..😂♥️ p/s everyone should have this at home..💯

A post shared by Alif Satar™️ (@alifsatar) on

Ramai netizen termasuk rakan-rakan artis turut sama mendoakan kesihatan Alisha semakin baik dan kembali seperti sedia kala.

Alif dan isteri, Shadila Halid berkahwin pada September 2014 dan mereka dikurniakan dua anak perempuan Alisha Anugerah, 4, dan Ariana Mecca yang kini berusia dua tahun.

Kini, Alif dan isteri sedang menantikan kehadiran cahaya mata ketiga dan Shadila dijangka bakal melahirkan seorang bayi lelaki.

 

sumber : astro gempak