(Video) Fadzil Zahari Pernah `DM` Teman Lelaki Sajat Bgtau Hal Ni, Siap Tunjuk Isi Kandungan

Pelakon dan pengarah Fadzil Zahari mengakui pernah menghubungi teman lelaki usahawan kosmetik Nur Sajat, Jad Issa atau Jadoos menerusi Instagram sebelum ini.

Jelas Fadzil, tujuannya untuk menyampaikan pesan dan memaklumkan bahawa kekasihnya itu seorang lelaki.

“Masa memula dia couple dengan laki Lubnan tu saya dah DM dah mamat tu.

“‘Bro please check, yout GF (teman wanita) is a man’. Saya cuba bantu kot-kot mamat tak perasan,” tulis Fadzil menerusi komen di sebuah akaun Instagram portal tempatan baru-baru ini.

Selain itu, Fadzil turut berkongsi paparan skrin mesej yang dikirimnya kepada Jadoos.

“You are dating a man. Please check carefully,” tulisnya menerusi mesej yang dikirim pada 24 Februari tahun lalu.

Fadzil sekali lagi menghantar kiriman teks kepada Jadoos berbunyi ‘Innalillah’ sekitar Jun tahun sama.

Menjawab pertanyaan netizen mengenai tindakannya itu, kata Fadzil itu usahanya untuk membendung perkara terlarang menjadi lebih meluas.

“Hubungan laki sama laki adalah har4m. Suka ka tak suka ka tak peduli.

“Memang kena masuk campur sebab dia muslim,” jelasnya.

Teman Lelaki Sajat Pula Tampil Mencabar Pihak JAIS Mencari Sajat, Kata2 Dia Memang Kurg Aj4r

Pihak polis sedia membantu pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengesan usahawan kosmetik sensasi, Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, 36, yang telah melarikan diri.

Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed bagaimanapun berkata, pihaknya belum menerima sebarang permohonan daripada pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

“Kita sedia bantu,” katanya ringkas.

JAIS telah menyerbu kediaman Nur Sajat di Seksyen 10, Kota Damansara pukul 9 malam kelmarin.

Bagaimanapun, dalam serbuan itu tidak menemui usahawan kontroversi tersebut yang dipercayai telah melarikan diri.

Teman Lelaki Sajat Cabar Penguatkuasa

Sajat Tayang Teman Lelaki Baru Kacak, Coach Yin Mengamuk?

Sajat Dedah Ramai Yang Cuba Pisahkannya Dengan Kekasih

Semua sedia maklum bahawa lelaki yang berasal dari Iran bernama Jadoss adalah teman lelaki kepada usahawan Sajat.

Dengan kekecohan pihak JAIS mencari Sajat, Jadoos telah memuat naik 1 status di laman Facebook dia sendiri tentang itu.

“Kalau rasa anda boleh jumpa dia, sila ambil ini ****”

Status yang memprovokasi pihak penguatkuasa dalam usaha mencari Sajat disertakan dengan tanda emoji ‘menc4rut’ mengundang kecaman netizen.

“Waaahhh.. Looks like someone is challenging the authority.. Don’t be surprised if the PDRM come knocking on your door.. If that happens, don’t give your muka seposen when your face is out on TV with police around you escorting you to the policecar”

“Dengan manusia kamu berani la 2 ekoq ni. Dengan hukum Alllah berani sungguh engkau cabar”

‘Insan Paling B0doh Lagi Hina Bila Buang Islam Sebab Manusia Lain’ – Roslan Shah

Roslan Shah berubah arah, Berita Hiburan - BeritaHarian.sg

Pengacara Roslan Shah memberi peringatan buat seluruh masyarakat muslim agar sentiasa berpegang teguh dengan ajaran Islam walaupun diri sering kali dihimpit dengan pelbagai dugaan dan masalah.

Jelas Roslan, individu yang sanggup meninggalkan Islam semata-mata kerana manusia lain boleh disifatkan sebagai satu tindakan sangat kurang bijak.

“Walau j4hat bagaimanapun kita tetap ISLAM. Kerana manusia kita nak buang ISLAM. Itulah manusia yang paling Bodoh dan di hina lagi dari Allah. Karma tak cepat atau lambat Allah kasi,” tulisnya di Instagram.

Katanya lagi, segala tindak tanduk kita di atas muka bumi ini pasti akan mendapat pembalasan daripada Allah S.W.T sama ada cepat mahupun lambat.

Malah, Roslan turut menyeru kepada semua pihak untuk sentiasa mendoakan yang terbaik buat orang-orang di sekeliling kita agar mereka sentiasa diberikan kekuatan untuk menempuh apa sahaja cabaran yang mendatang.

Dalam pada itu, Roslan turut berharap agar kita semua tidak mudah terpedaya dengan hasutan syaitan yang sememangnya mempunyai niat untuk memecah belahkan masyarakat Islam.

 

Sumber: Genpak, Trending.pw

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.