Fattah, Fazura akhirnya tunjuk wajah Fatima buat kali pertama sempena Tahun Baharu

Kuala Lumpur: Keinginan peminat untuk melihat wajah anak pasangan selebriti terkenal Fattah Amin dan Nur Fazura iaitu Nur Fatima Aisya akhirnya tercapai.

Pasangan itu buat pertama kali berkongsi gambar Nur Fatima menerusi akaun Instagram (IG) mereka tepat pukul 12 tengah malam tadi.

Bersama gambar itu, mereka menitipkan ucapan  selamat menyambut tahun baharu 2021 kepada peminat dan pengikut mereka.

“Selamat Tahun Baharu 2021. Salam Sayang. Fattah, Fazura dan Fatima,” kata pasangan itu.

Perkongsian wajah Nur Fatima itu dibuat selepas dua bulan dia dil4hirkan pada 2 Oktober lalu.

Perkongsian terbabit sehingga kini mendapat 257,041 tanda suka daripada pengikut mereka.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)

Terdahulu pasangan itu memberitahu hanya akan mendedahkan wajah anak mereka apabila sampai waktunya.

Mereka turut menafikan mengikat perjanjian eksklusif dengan mana-mana pihak, sebaliknya keputusan ini atas kehendak sendiri.

Fazura selamat melahirkan bayi perempuan selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga bersama Fattah.

Perkongsian itu ternyata menarik perhatian rakan selebriti dan menyifatkan Fatima soooo cute girl..

Antara foto Fatima sebelum ini yang menarik perhatian peminat Fazura dan Fattah Amin.

.

.

 

 

Sumber: HMetro, Instagram Fazura

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf