“Tak Pakai Mask Kebal VIrus Ke Ni?”- Fashion Show Did4kwa Tak Ikut SOP, Netizen Minta P0lis Si4sat

Bila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat di seluruh negara, maka banyaklah kelonggaran yang diberikan oleh kerajaan untuk rakyat meneruskan kehidupan seperti biasa. Kalau sebelum ni tak boleh melangsungkan majlis perkahwinan atau apa-apa majlis, sekarang dah pun boleh. Bagaimanapun, setiap majlis yang dianjurkan perlulah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ketat. Gagal mematuhi SOP, maka denda akan dikeluarkan oleh pihak berkuasa.

Bukan murah ye d3nda sekarang sebab boleh mencecah jumlah maksimum RM10,000. Rasanya memang tak sangguplah nak membiarkan diri untuk didenda sebanyak itu. Namun, tetap ada segelintir yang masih tidak patuh dengan SOP sepenuhnya. Terbaharu, tular di Twitter mengenai sebuah pertunjukan fesyen yang dilihat tidak mengikut SOP bagi anjuran sesebuah majlis.

Menerusi perkongsian di Twitter itu, jelas wargamaya yang berkongsikan tentang perkara itu berasa marah dengan penganjur pertunjukan fesyen tersebut.

“Tolonglah. Seorang ada vlrus, habis semua kena. Lepas itu angka jangkitan tak menurun dan kami tak boleh balik raya di kampung lagi tahun ni,” ujar pemilik akaun Twitter tersebut yang resah memikirkan kemungkinan tidak dapat beraya di kampung lagi tahun ini. 

Dalam pada itu, seorang lagi pengguna Twitter turut berkongsi satu video memaparkan seorang pemuda dipercayai pengasas sebuah jenama pakaian membuat kenyataan seolah-olah tiada SOP sewaktu pertunjukan fesyen itu berlangsung. Sementara itu, wargamaya lain mula menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap pihak penganjur kerana membiarkan ia berlangsung tanpa pematuhan SOP yang tinggi, dan ada juga yang turut meminta pihak polis membuat siasatan terhadap isu ini.

Walaupun gambar yang dikongsi di Twitter itu memaparkan penonton tidak memakai pelitup muka, namun masih dapat dilihat segelintir yang memakainya. Apa-apa pun, harap pihak penganjur dapat menjelaskan keadaan sebenar agar tidak mengundang kemarahan ramai pihak.

 

Sumber daripada: Twitter, riverbed

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.