“First Customer Saya Pelakon Vietnam”- Muka Iras Bangla Potong Rambut, Zizan Kenakan Balik Shuib.

Hiburan Lawak & Seram

Siapa percaya dengan pelanduk dua serupa? Ada orang kata, di dalam dunia ini akan tujuh orang yang mempunyai wajah serupa atau seakan-akan sama. Terbaru, menerusi laman Instagram pelawak, Shuib Sepahtu telah berkongsi foto seorang tukang gunting rambut yang berkemungkinan warganegara Bangladesh sedang menggunting rambut pelanggan.

Hari ahad pon kerja ke Zizan?

Namun, yang menjadi perhatian adalah wajah tukang gunting tersebut sangat seiras dengan wajah Zizan Razak, terutama sekali di bahagian hidung.

Tidak sah kalau tak menyakat, Shuib menerusi kapsyennya sempat mengusik sahabatnya dengan menganggap tukang gunting tersebut adalah Zizan. “Hari ahad pon keje ke @zizanrazak869 ??? Patutlah call tak angkat,sibuk kat saloon rupanya…”

Buat part-time tak cover hidung memang la orang cam. Malah, tidak dapat dinafikan lagi ramai yang mengatakan wajah Zizan memang sangat seiras dengan tukang gunting rambut tersebut.

Rakan artis turut sama terhibur ..

Tidak mahu mengalah dengan ejekan shuib, Zizan turut membuat satu posting untuk membahan semula Shuib di Instagramnya.

Alhamdulillah 1st customer cakap menjadi rambut dia. Hope dia puas hati dan sesiapa dan datang barbershop saya tolong email ya sebab pack sangat kedai ni. Tengah cari dewan untuk disewa saya pun dah 3 hari x tido layan gunting rambut. Semalam pun terpaksa gunting rambut pakai kipas siling sebab jari terlalu penat. Lihatlah 1st customer saya pelakon Vietnam. Hensem x? @shuibsepahtu

Pantas Shuib membalas gurauan Zizan yang meletakkan wajahnya sebagai pelakon vietnam itu..

 

Sumber : Shuib Sepahtu & Zizan Razak via OMM