“Fokus Gambar Dalam Kereta Tu..:”- Muat Naik Foto Bersama, Netizen Gembira Dengan Sharnaaz Ahmad & Noor Nabila

Hiburan

Pelakon Sharnaaz Ahmad telah memuat naik dua keping foto di akaun Instagram (IG) menerusi sebuah entri.

Foto tersebut menunjukkan Sharnaaz bersama isteri, Noor Nabila dan anak mereka, Jebat Jayden bersama dua orang wanita yang telah membantunya membelikan nasi ganja Ipoh.


“Kepada dua manusia hati mulia ni, saya teringin nak makan nasi ganja Ipoh, saya dari Penang, check waze boleh sampai 5.30pm tapi kedai tutup 5.30pm.

“Nabila post lah dalam IG mintak tolong siapa boleh tolong pi beli sat and tunggu, Munira dengan Mazuin ni dengan pantas tolong dan orderkan..

“Lepas tu sekupang pun takmau ambik, dia belanja pulak.. Saya terhutang budi sungguhlah, nanti saya belanja awak dua berbuka atau raya pulak naa..

“Dia kata nak ambik gambaq dengan Jebat ja, Jebat pun lena tu lah haih..

“Nanti tag saya, mai raya di rumah nanti naa.. di Penang semestinya,” tulisnya sebagai kapsyen.

Rata-rata pengikut Sharnaaz melahirkan rasa syukur dan ternyata gembira apabila melihat mereka bersama.

Malah, terdapat segelintir peminat yang mendoakan semoga kebahagiaan keluarga ini kekal selamanya.



Sharnaaz dan kakak kepada pengacara Neeofa itu berkahwin pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan cahaya mata sulung pada 30 Ogos tahun lalu.

 

sumber : Astro gempak