Foto Pasangan Selebriti Zahirah MacWilson bersama Aiman Hakim Ridza Sambut Tahun Baru 2019

Hiburan

Bagi sambutan malam tahun baru 2019, diantara pasangan selebriti yang mencuri perhatian ramai adalah Zahirah MacWilson bersama Aiman Hakim Ridza. Kisah cinta mereka menjadi berita hangat yang diperkatakan ramai apatah lagi keduanya merupakan antara pelakon yang terkenal.

Meskipun, ada yang percaya hubungan mereka adalah satu gimik namun sejak kebelakangan ini kedua pelakon ini sudah beberapa kali berkongsi foto bersama.

Malah, peminat juga turut menyokong hubungan Zahirah dan Aiman yang kini dilihat makin serasi bersama. Sama cantik, sama padan!

47581641_2008293582600917_4982662019979086814_n

47481699_1423546674444421_9202865031115508680_n

Tulis Aiman di Instagram, “It’s 2019 and you make me feel like I’m 19..again. Happy new year” dan turut tidak ketinggalan juga hashtag pasangan ini iaitu zahirAH.

47581887_385461548888009_6771103703896666267_n

Netizen di ruangan komen, tidak melepaskan peluang untuk turut mengucapkan ‘happy new year’ buat pasangan ini yang ada antaranya juga meluahkan ingin melihat lakonan gandingan Zahirah dan Aiman di kaca televisyen.

Happy new year to ZahirAH

Screenshot_375

Jangan tunggu lama2 nanti dikebas orang…

Screenshot_373

Cutenes overload arrghhh…

Screenshot_376Screenshot_374

Sumber: Aiman Hakim Ridza