“Fuh Meremang Bulu Roma ” – Ayda Jebat Buktikan Kemampuan Bawa Lagu ‘High Notes’ Celine Dion.

Hiburan

Nor Suhada Jebat atau lebih dikenali sebagai Ayda Jebat bukan satu nama yang asing lagi dalam industri seni tanah air malah penyanyi itu kini semakin aktif dalam bidang lakonan.

Baru-baru ini, pelakon berusia 26 tahun itu telah membuat pengikutnya tergamam apabila memuat naik satu posting video menyanyikan lagu popular My

Heart Will Go On nyanyian asal Celine Dion.

Video:

Nor Suhada Jebat atau lebih dikenali sebagai Ayda Jebat bukan satu nama yang asing lagi dalam industri seni tanah air malah penyanyi itu kini semakin aktif dalam bidang lakonan.

Baru-baru ini, pelakon berusia 26 tahun itu telah membuat pengikutnya tergamam apabila memuat naik satu posting video menyanyikan lagu popular My Heart Will Go On nyanyian asal Celine Dion.

Posting tersebut memukau para pendengar yang rata-rata memuji kehebatan vokal mantap yang dilontarkan oleh pelakon drama Cinta Bukan Kristal itu.
Meremang bulu roma…

Sedap gila you bawak lagu ni…

Ada diantara peminatnya yang memberi komen mengatakan suara Ayda sangat merdu dan sekiranya terdapat netizen yang masih mengkritik suaranya, mereka mungkin ada masalah pendengaran.

Selain itu, penyanyi rap terkenal Caprice juga turut meninggalkan komen yang seakan-akan tidak percaya bahawa Ayda mampu mencapai vokal tahap berkenaan.
Tak pernah tahu!

Dalam perkembangan lain, dia kini sedang popular dengan lagu Temberang serta bakal muncul dengan single baharu berjudul Mana Ada Hati (Yang Ingin Terus Disakiti).

Sumber : Instagram Ayda Jebat / memorikini