Dicvlik Selama 18 Bulan, Gadis Itali Ini Pulang Ke Negara Asal Dengan Status Islam

Santai Semasa

Seorang gadis warga Itali yang menjadi mangsa tebusan di Somalia, Afrika Timur selama 18 bulan akhirnya dibebaskan dan selamat tiba di negara asalnya pada 10 Mei lalu.

Menurut laporan Daily Mail, Silvia Romano yang bekerja sebagai sukarelawan sebuah kumpulan kemanusiaan Itali di Kenya telah dicvlik pada November 2018 oleh beberapa individu bersenjata.

Selain memakai topeng muka akibat wabak Covid-19, gadis berusia 24 tahun itu tampil menutup kepalanya dengan selendang labuh sebelum tiba di lapangan terbang Rome Ciampino.

Setibanya di lapangan terbang, Romano memeluk ibunya malah turut disambut oleh pegawai utama kerajaan termasuk Perdana Menteri Itali, Giuseppe Conte dan sekumpulan pihak media.

Conte tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada ejen perisik Itali yang melakukan pelbagai usaha bagi membebaskan gadis terbabit daripada menjadi tahanan di Somalia.

Laporan di Itali mengatakan bahawa pencvlik menyerahkan gadis itu kepada kumpulan pelampau Islam Al-Shabab yang dianggap bertanggungjawab atas sejumlah pencvlikan di Kenya.

Menurut laporan NYtimes pula, dia dengan sukarela memeluk Islam ketika dalam tahanan malah menukar nama kepada Aisha selain menafikan dipaksa untuk menikahi salah seorang pencvliknya.

Sumber : Daily Mail , The New York TimesBorak Daily