(Video) “Ingatkn Filipina, kacukan Cina atau Sabah”- Gadis orang asli suku Temuan dedah rahsia cantik

SEREMBAN – Siapa sangka, hantaran video TikTok yang dimuat naik oleh seorang gadis keturunan orang asli dari suku Temuan ini akhirnya menjadikan masyarakat kaum itu mula dikenali.

Kecantikan dan keistimewaan masyarakat kaum suku Temuan ini mula terserlah apabila gadis muda bernama, Katriana Aziz, 22, berani tampil menunjukkan kejelitaannya melalui video TikTok yang kini mula tular di media sosial.

Sekali pandang, raut wajah anak muda ini persis wanita Melayu yang mempunyai kacukan Cina atau Filipina, namun bagi Katriana dia langsung tidak mempunyai sebarang darah kacukan.

“Saya berasal dari Kampung Belihoi, Seremban. Ibu dan bapa saya tiada kacukan kerana mereka adalah masyarakat orang asli, cuma datuk saya yang di sebelah ibu adalah keturunan Melayu.

“Kami tiada dar4h kacukan, tetapi mana-mana saya pergi orang akan ingat saya gadis Melayu Cina dari Sabah atau Sarawak. Ada juga ingat saya gadis Filipina, tetapi bila beritahu saya gadis orang asli, mereka tidak percaya malah ada yang mahu melihat sendiri kad pengenalan,” katanya yang petah berbahasa Melayu.

Katriana
Katriana

https://www.tiktok.com/@gadistemuan6/video/6923955445732281601?_d=secCgYIASAHKAESMgowjU1wYEd8QNWcUY%2BTrmJf8BKwYRpEBy4mjiNyXOf0Oas%2BH5G8aHz7gmlhbp4vWxwbGgA%3D&language=en&mid=6834293743021983745&preview_pb=0&region=MY&sec_user_id=MS4wLjABAAAAWemYxvPr6nF3mYkYRBL9qAZkO7L_ke4oa9iNP4eTpJ4n_Jaafvu_2wwl_cW8Ii8G&share_app_name=tiktok&share_item_id=6923955445732281601&share_link_id=9d0a8d57-366d-4822-bc1c-ec1b7d70faf2&source=h5_t&timestamp=1619397446&u_code=cmme98eaem4aed&user_id=6552116752679223298&utm_campaign=client_share&utm_medium=android&utm_source=more&_r=1

Katriana berkata, antara amalan pemakanan yang dititikberatkan adalah memakan ulam-ulaman bagi mengekalkan kecantikan kulit agar nampak sentiasa segar dan berseri.

“Kebanyakan sayur dan ulam-ulaman hanya diambil dari kebun milik ibunya,” katanya.

Dalam pada itu, menurutnya, dia kini sudah memiliki lebih 51,000 pengikut di TikTok dan laman sosial.

Bagaimanapun, kepada netizen di luar sana, mereka hanya mampu menggigit jari kerana hati gadis jelita ini sudah dimiliki oleh abang askar dikenali sebagai Darrel.

https://www.tiktok.com/@gadistemuan6/video/6952853992292584705?_d=secCgYIASAHKAESMgowjU1wYEd8QNWcUY%2BTrmJf8BKwYRpEBy4mjiNyXOf0Oas%2BH5G8aHz7gmlhbp4vWxwbGgA%3D&language=en&mid=6834293743021983745&preview_pb=0&region=MY&sec_user_id=MS4wLjABAAAAWemYxvPr6nF3mYkYRBL9qAZkO7L_ke4oa9iNP4eTpJ4n_Jaafvu_2wwl_cW8Ii8G&share_app_name=tiktok&share_item_id=6923955445732281601&share_link_id=9d0a8d57-366d-4822-bc1c-ec1b7d70faf2&source=h5_t&timestamp=1619397446&u_code=cmme98eaem4aed&user_id=6552116752679223298&utm_campaign=client_share&utm_medium=android&utm_source=more&_r=1&is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Tambah graduan jurusan pelancongan ini, dia mahu menggunakan media sosial bagi membantu masyarakat lain mengenali budaya, makanan, adat dan pakaian orang asli terutama dari suku Temuan.

Katriana bersama sepupunya membuka akaun TikTok sejak enam bulan lalu bagi mempromosikan budaya serta adat masyarakat suku Temuan.

Video yang dimuat naik itu dibuat secara spontan apabila dia bertemu dengan tiga lagi sepupunya iaitu Adrieana Roland, 16, Klarq Alek, 22, dan Theresa Alek, 25.

Video berkenaan tular sejak Isnin lalu apabila ramai netizen menyangka mereka adalah gadis Filipina, kacukan Cina atau Sabah susulan raut wajah yang jelita.

 

Sumber: Sinar Harian, Tiktok

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.