Gambar Agnes Monica yang Berubah Menjadi Sado.

Hiburan

Penyanyi Agnes Monica suatu ketika dulu pernah popular di Malaysia dengan lagu Matahari.. Penyanyi ini memang tidak asing lagi bagi masyarakat Malaysia..

Cuma ada satu video Agnes yang tersebar di laman sosial buatkan ramai orang terkejut.. Perubahan ketara bentuk badan Agnes yang persis ahli bina badan.. Siapa yang ikuti laman Instagramnya memang akan dapat tengok banyak gambar Agnes badan seperti ‘Kak Sado’..

Sebenarnya Agnes kini menjalani kehidupan yang sihat bersama seorang pelatih peribadinya iaitu Devin Wiggins.. Ada orang mendakwa pasangan ini merupakan pasangan kekasih kerana Agnes sering memuatnaik gambar mereka berdua di Instagram..

Tapi, Miss A tak berapa suka la tengok badan sado yang dimiliki oleh Agnes sekarang ini… Dah mengalahkan badan lelaki pulak sadonya tu.. Takut Miss A tengok..

Dulu Agnes lembut dan lincah saja.. Mungkin bila dah kekasih hati jadi pelatih peribadi, lagi bersemangatlah nak memiliki badan sado..

#Jujurnya, lebih senang melihat Agnes yang dulu kerana kewanitaannya lebih terserlah pada waktu dulu. Tapi, sudah menjadi lumrah bagi sesetengah wanita yang obses mahu membentuk otot pada tubuhnya….

This image has an empty alt attribute; its file name is agnes2.png

#Kadang-kadang, ia bermula dengan niat mahu melangsingkan perut, namun akhirnya berubah menjadi sesuatu yang lebih ekstrem seperti yang anda lihat pada fizikal Agnes sekarang….

This image has an empty alt attribute; its file name is agnes.png

 

Mesranya Agnes Monica & Chris Brown…Bercinta Ke Tu?

Mesranya Agnes Monica & Chris Brown...Bercinta Ke Tu?

Beberapa foto mesra penyanyi popular Indonesia Agnes Monica dengan Chris Brown tular di media sosial sejak semalam.

Penyebaran foto tersebut turut menimbulkan spekulasi Agnes Monica atau lebih dikenali sebagai Agnez Mo kini dikatakan sedang menjalin cinta dengan bekas kekasih penyanyi Rihanna.

Menurut beberapa sumber, Agnez Mo dan Chris Brown mula intim selepas menjalin kerjasama dalam menjayakan single duet terbaharu mereka.

Menguatkan lagi spekulasi mereka sedang bercinta apabila Chris sendiri memuat naik fotonya bersama Agnez Mo di akaun sosial Instagram (IG)nya.

Pengikut IG yang teruja melihat foto-foto tersebut turut mengucapkan tahniah sekiranya benar mereka sedang bercinta.

Bagaimanapun, peminat-peminat Agnez Mo muncul meminta orang ramai tidak membuat spekulasi kerana penyanyi kesayangan mereka itu tidak bercinta dengan Chris.

Mereka turut memuat naik lagu terbaru Agnez Mo dan Chris di laman Youtube.