Gara-Gara Aliff Aziz, Tak Pasal-Pasal IG Alif Satar Di Serbu .. Geli Hati Baca Komen Netizen..

Hiburan

Hari ini kecoh di media sosial apabila penyanyi Bella Astillah sekali lagi mendakwa suaminya berlaku curang bersama seorang pelakon wanita Malaysia. Kejadian itu menyebabkan ramai naik angin terhadap Aliff yang dikatakan tidak serik-serik buat hal.

Namun, yang melucukan kami apabila instagram penyanyi Alif Satar pula dibanjiri komen netizen. Masing-masing troll kontroversi yang melanda itu. Aik takkan tertukar kali kedua?

Dah kena tukar nama di JPN ni..

Siapa ikuti Alif Satar di laman Instagramnya pasti tahu dia kini berada di Brisbane, Australia bersama isterinya. Foto yang dikongsi di laman IG nya dipenuhi dengan komen kontroversi sehingga buat kami berdekah.

Walaupun ramai sudah tahu bukan Alif Satar yang buat hal, namun netizen tetap membuat troll yang sama seperti sebelum ini. Mungkin perlu tukar nama Alif dah kut..

Dah 2 kali ni..

salah orang..

Kaitkan dengan muka selalu kuar tv masa solat jumaat

Sumber : Alif Satar via Ohbulan