“Gas Habis, Kena Tarik.. Dalam Air Macam-Macam Boleh Jadi”-Athira, Jurukimpal Wanita Yang Menjadi Bualan Ramai.

Santai Semasa

NAMA Nurizzati Athira Mohamad Yusoff tiba-tiba menjadi bualan ramai selepas foto yang memaparkan dirinya sedang bertugas dalam laut menjadi tular di media sosial.

Malah, kisahnya sebagai jurukimpal dalam air wanita pertama di negara ini turut menarik perhatian ramai sehingga meniti di bibir-bibir masyarakat.

Selain meluahkan rasa kagum atas keupayaannya, mereka turut tertanya-tanya mengenai perihal hidup anak kelahiran Selama, Perak yang berusia 22 tahun itu.

Bercerita kepada mStar, dia yang mesra disapa Athira mengakui mula dihujani mesej orang ramai menerusi media sosial sejak kisahnya menjadi tular, baru-baru ini.

Kata Athira, dia suatu ketika dahulu bercita-cita untuk bergelar sebagai askar.

“Boleh tahan juga. Ada yang nak berkawan, nak bersembang. Di Facebook dan Instagram misalnya, ramai yang mesej saya.

“Kebanyakannya nak tanya pasal pekerjaan ni, ada juga yang bagi sokongan.

“Setakat ni tak ada la yang neg4tif. Semua mesej yang baik-baik sahaja,” katanya sewaktu dihubungi pada Jumaat.

Mengulas perjalanan hidupnya yang baru dua tahun berkecimpung dalam bidang itu secara profesional, Athira mengakui masih banyak yang perlu dicapai dan soal jodoh belum terlintas di fikirannya.

Orang kata, gaji tinggi, risiko pun tinggi. Kita tak tahu apa akan jadi dalam air. Tangki oksigen habis gas atau kena tarik dengan air. Macam-macam boleh jadi.

NURIZZATI ATHIRA MOHAMAD YUSOFF

Kata Athira, dia tidak memikirkan soal percintaan kerana mahu fokus terhadap kerjaya dan berbakti kepada keluarga, ditambah pula usianya masih lagi muda.

“Saya masih lagi solo. Tak pernah terfikir pun pasal tu. Saya cuma nak bekerja, bantu ibu bapa dan keluarga,” jelas anak kedua daripada empat beradik itu.

Katanya lagi, dia sendiri tidak pernah terlintas untuk menceburi bidang itu.

Imbas Athira, dia bercita-cita ingin menjadi tentera sewaktu bersekolah suatu ketika dahulu.

“Dari kecik tak pernah niat pun nak masuk bidang ni. Saya ni agak lasak, ingat nak jadi askar atau tentera.

 

Kata Athira, banyak cabaran yang perlu dihadapi dalam bidang itu.

“Bila masuk tingkatan empat, saya sertai kursus Kimpalan dalam air di Kolej Vokasional Taiping,” ujarnya.

Selepas itu, Athira ‘disunting ‘ oleh Weldzone Training Centre Sdn Bhd yang membiayai kos pengajiannya dalam bidang tersebut.

Kini, Athira menjawat jawatan sebagai pembantu pengajar bidang kimpalan dalam air di syarikat itu yang berpangkalan di Kawasan Perindustrian Seri Manjung, Perak.

Kata Athira, banyak cabaran yang perlu ditempuhinya sepanjang dua tahun bersama syarikat tersebut.

“Masa mula-mula masuk dulu, susah juga nak sesuaikan diri dengan rakan sepasukan lelaki. Agak segan dan malu.

“Pernah juga menangis, rasa nak putus asa. Tapi saya teruskan juga usaha. Masa tu menangis sebab penat, tak cukup rehat.

Athira tidak kekok menceburi bidang yang didominasi kaum lelaki.

“Orang kata, gaji tinggi, risik0 pun tinggi. Kita tak tahu apa akan jadi dalam air. Tangki oksigen habis gas atau kena tarik dengan air. Macam-macam boleh jadi.

“Paling tak boleh lupa kena berenang dalam laut yang gel4p. Memang takut. Tapi saya ikut arahan sahaja,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Weldzone Training Centre Sdn Bhd, Datuk Mohd Shukri Mohd Abd Aziz berkata, dia sudah menganggap Athira seperti anak angkatnya.

Datuk Shukri berkata, dia menerusi syarikat Weldzone Training Centre Sdn Bhd mahu melihat peningkatan kaum hawa dalam bidang itu.

Bercerita mengenai gadis itu, Shukri mengakui dia seorang gadis yang cukup kuat dan berkebolehan tinggi.

“Dia ada komitmen tinggi. Tak banyak cakap, bagitahu apa perlu buat, dia akan buat.

“Dia juga gadis yang kuat, dia boleh angkat balang oksigen yang berat. Saya memang respect dia,” katanya.

Tambahnya lagi, syarikatnya membuat keputusan untuk menaja pengajian gadis itu kerana tertarik dengan potensi yang ada pada dirinya.

Mengulas mengenai kerjaya sebagai jurukimpal dalam kalangan kaum hawa, Shukri berkata, dia mahu melihat peningkatan dalam tempoh lima ke sepuluh tahun akan datang.

Namun katanya, faktor kos menjadi kekangan utama untuk menceburi bidang itu memandangkan kos pengajiannya sahaja sudah mencecah RM50,000.


Sumber: Mstar/Video PPPM