Gelagat Peniaga Jalanan Korea Pandai berbahasa Melayu sungguh menghiburkan!

Hiburan Santai

Dengan penyebaran budaya K-Pop di serata dunia termasuklah di Malaysia, kita sering melihat rata-rata individu yang boleh berbahasa Korea tidak kira sama ada lelaki mahupun perempuan.

Ada yang mempelajarinya secara khusus, menerusi drama Korea dan bermacam-macam lagi. Namun, untuk melihat orang Korea berbicara dalam bahasa Melayu meskipun tidak begitu fasih pastinya akan mengagumkan kita semua!

Begitulah kisahnya yang dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter, @aqibsyhr mengenai seorang jejaka tampan Korea yang boleh berbahasa Melayu.

Menerusi video yang dimuat naik oleh netizen ini, dilihat seorang peniaga jalanan di bandar Seoul telah berbual di dalam bahasa Melayu malah turut mengagumkan ramai dengan pengiraan matematiknya.

Apa yang melucukan mengenai lelaki Korea itu adalah dia turut menyebut beberapa perkara yang menjadi topik ‘troll’ dalam kalangan rakyat Malaysia. Nampaknya pengetahuan lelaki ini tentang keadaan yang berlaku di Malaysia agak luas dan ianya satu perkara yang agak luar biasa!

 

 

Sejak dimuat naik, video tersebut menjadi tular dengan serta-merta dan meraih lebih daripada 38,000 retweet dan 28,000 jumlah likes.

Majoriti netizen meluahkan rasa terhibur masing-masing dengan pengetahuan jejak Korea itu tentang Malaysia.

Sumber: SAYS via Era Baru