Makcik Hidap Knser Gigih Jual Nasi Lemak RM 1, Akui Hidup Sesak Sejak PKP

Tempatan

Wabak C0vid-19 yang melanda negara kita ternyata memberi impak kepada kehidupan ramai. Ada di antara kita yang terjejas dari segi pendapatan kerana perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), selain sebilangannya terus kehilangan sumber pendapatan.

Seperti perkongsian oleh seorang pemuda, Roob Ganesan di Twitter mengenai seorang ‘aunty’ yang gigih menjual nasi lemak RM1 demi kelangsungan hidup akibat PKP.

Berbumbungkan langit bersama sebuah meja dan kerusi, ‘aunty’ berkenaan yang merupakan seorang bekas pesakit knser dilihat cekal meneruskan hidup. Dengan pandangan sayu, dia setia berdiri menunggu kehadiran pembeli.

Sebungkus RM1, aku beli 10 bungkus

Dia yang sedang mencari perkerjaan kemudiannya ditawarkan bekerja sebagai pengupas kulit bawang oleh salah seorang rakan pemuda tersebut.

Bukan sahaja dia mengucapkan terima kasih, malah turut menggambarkan pemuda itu dan rakannya seperti Tuhan yang ‘turun’ untuk membantunya.

Macam Tuhan datang tolong saya

Tolong lah asalkan ikhlas

Perkongsian tersebut menyentuh hati warganet dan rata-ratanya turut memuji keikhlasan hati pemuda ini yang membantu warga emas berkenaan.

Semoga lebih ramai pihak yang tampil membantu dan urusan ‘aunty’ dipermudahkan.

 

Sumber: Twitter Roob Ganesan,, Siakap Keli

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.