“Habis Pun Tak Gah Mana..Propa “- Baju Raya Keluaran Nelydia Senrose Di Kritik Indah Khabar Dari Rupa

Hiburan

Setiap tahun pasti ramai menantikan koleksi baju raya yang dikeluarkan oleh selebriti popular tanah air. Tahun ini tidak ketinggalan, pelakon cantik Nelydia Senrose turut mengeluarkan koleksi baju raya koleksinya sendiri diberi namaImpian by Nelydia.

Baru-baru ini, menerusi satu perkongsian di Instagram, Nelydia berkongsikan berita gembira bahawa koleksi baju rayanya mendapat sambutan luar biasa dan hampir habis dijual.

Bagaimanapun, ada cerita tak sedap didengar apabila ada segelintir netizen meluahkan rasa kecewa dengan rekaan baju tersebut yang dikatakan tidak secantik seperti di dalam gambar. Netizen turut mengatakan, kualiti kain juga agak mengecewakan.

Tidak hanya berdiam diri, Nelydia yang mungkin berang dengan kata-kata netizen itu dilihat membalas komen tersebut.

Namun, ada pengikutnya tampil mempertahankan Nelydia dengan mengatakan mereka yang memberikan komen-komen negatif sebenarnya mungkin berasa iri hati.

Kecantikan itu bersifat subjektif, setiap orang citarasa mereka berbeza dan kita tak boleh samakan dengan orang lain. Mungkin dimata kita nampak biasa, tetapi di mata orang lain nampak cantik.

sumber : rotikaya