“Hadirin yang menyaksikan tidak seharusnya bersorak tertawa, sebaliknya WAJIB untuk menegur pihak walimah ” – Dr Kamilin Jamilin.

Hiburan Islamik Nasihat & Panduan

Kecoh semalam  majlis persandingan anak pelakon veteran Normah Damanhuri, Ahya Ulumuddin Rosli bersama pasangannya Shahirah Sanusi yang menjemput penari yang berpakaian tidak senonoh dan menari di hadapan tetamu dan keluarga pengantin perempuan.

Kehadiran penari tersebut telah mengundang k3caman daripada netizen, yang menyifatkan tidak seharusnya majlis perkahwinan yang dihadiri pelbagai lapisan umur, menonton persembahan itu.

Justeru ada yang menyifatkan majlis persandingan yang paling menjijikan.

Terpanggil memberi pendapat seorang pendakwah yang terkenal Dr Kamilin Jamilin  yang juga tenaga pengajar anak-anak Tahfiz Darul Sidir yang pernah tular di dalam rancangan motif viral kerana kecekapan anak didiknya meneka ayat quran.

Wujudnya maksiat di sesebuah majlis perkahwinan itu sudah cukup untuk menggugurkan tuntutan menghadiri walimah. 
Apalagi dengan mengundang penari separuh bogel lelaki yang menyerupai wanita beraksi ghairah di hadapan ramai kanak-kanak yang hadir.

Ia bukan sahaja bidaah agama, tapi bidaah adat melayu!

Hadirin yang menyaksikan ketika itu tidak seharusnya bersorak tertawa, sebaliknya WAJIB untuk menegur pihak walimah, dan segera bingkas bangun meninggalkan majlis perkahwinan seumpama itu yang dicemari maksiat yang sengaja dizahirkan atas nama walimah yang dianjurkan agama.

Kata Ibn Qudamah: “Jika seseorang itu dijemput menghadiri walimah yang mengandungi maksiat, sedang dia mampu menegur atau mencegah kemunkaran tersebut, wajar baginya hadir dan mencegah. Jika dia tidak mampu mencegah, jangan hadir. Jika dia tidak tahu adanya perkara munkar dalam majlis tersebut sehingga dia hadir, dia perlu mencegahnya, seandainya tidak mampu, dia perlu beredar”.

Bagaimana kita mampu memperolehi barakah dan kebahagiaan dalam rumah tangga jika permulaannya sahaja kita sudah sengaja mengundang kemurkaan Allah!

-Dr. Kamilin Jamilin-

Di harap pihak keluarga pengantin dapat menerima teguran dari seorang yang alim. Jika mereka ingin membuat sesuatu perkara harus memikirkan kesannya terhadap masyarakat.

Sumber : FB Dr Kamilin Jamilin.