Hari Pertama PKP 2.0 Hafiz Mahamad Sah Positif C0VID-19,- “Sedih Dengar Suara Anak”

(kanan) Hafiz disahkan positif Covid-19 pada hari pertama PKP 2.0. (kiri) Hafiz bersama isteri Syafiqah Aina dan anak perempuan, Raisya Arisa. Foto: mStar

HARI pertama pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 pada Rabu memberi khabar duka buat Instafamous, Hafiz Mahamad apabila disahkan positif C0vid-19.

Hafiz atau nama sebenarnya Abdul Hafiz Harisuddin Mahamad membuat pengumuman mengejvtkan itu menerusi laman Instagram pada lewat malam Rabu.

Bercakap kepada mStar, Hafiz berkata, dia terkejvt sebaik menerima keputusan positif C0vid-19 pada pukul 1 pagi, hanya sejam selepas PKP hari pertama dikuatkuasakan.

Usahawan berusia 27 tahun itu memberitahu, dia membuat ujian swab pada Jumaat lalu selepas pulang dari Pulau Pinang atas urusan kerja dan keputusan adalah negatif.

Keputusan yang menunjukkan Hafiz positif C0vid-19.

“Saya dan keluarga buat ujian swab sekali lagi pada Isnin. Ini termasuk kira-kira 20 staf yang turut melakukan ujian sama secara berasingan.

“Bila saya dapat keputusan pukul 1 pagi tadi (Rabu) memang saya terkejvt sebab tak ada gejala, apatah lagi keputusan sebelumnya adalah negatif.

“Hari pertama PKP dan hari pertama saya positif C0vid-19. Ingatkan PKP ni nak luangkan masa dengan keluarga di rumah sebab sebelum ni jarang ada waktu terluang, sibuk dengan kerja dan urusan lain. Saya reda dengan ujian ini,” ujar usahawan ini ketika dihubungi.

Keputusan negatif C0vid-19 diperoleh Hafiz pada Jumaat lalu.

Hafiz bagaimanapun bersyukur apabila isteri, Nur Syafiqah Aina Abdul Wahab, 26, dan anak perempuan mereka Raisya Arisa yang berusia setahun dan tujuh bulan disahkan negatif C0vid-19.

Dia yang berasal dari Kelantan itu sering melakukan uj1an saringan C0vid-19 setiap kali melakukan tugasan di luar kawasan dan selepas memberi bantuan termasuk di Kuala Lipis, Pahang untuk m4ngsa banjir, baru-baru ini.

Walaupun satu rumah, tapi saya sed1h sangat sebab terpaksa berp1sah dengan isteri dan anak. Perasaan tu tak boleh nak cakap. Tak dapat nak digambarkan

HAFIZ MAHAMAD

“Saya kerap buat swab test untuk pastikan diri saya okay. Balik dari kerja luar negeri atau beri bantuan mana mana pun, Alhamdulillah keputusan masih negatif, cuma kali ini yang positif.

“Alhamdulilah Allah makbulkan d0a saya bila isteri, anak dan team saya negatif. Syukur sekarang PKP, jadi mereka tak ke mana-mana dan menjalani ku4rantin di rumah,” ujarnya.

Hafiz turut mengumumkan beliau positif C0vid-19 di laman sosial.

Menurut Hafiz, pada masa ini dia menjalani ku4rantin di bilik berasingan di tingkat bawah rumahnya di Cyberjaya, Selangor sementara menunggu panggilan untuk dibawa ke hospital.

“Walaupun satu rumah, tapi saya sed1h sangat sebab terpaksa berp1sah dengan isteri dan anak. Saya boleh dengar suara anak dan isteri dari tingkat bawah.

“Perasaan tu tak boleh nak cakap. Tak dapat nak digambarkan. Saya berharap isteri dan anak serta orang lain terus diberikan kes1hatan. Doakan saya dan keluarga,” katanya.

 

Sumber: mStar

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.