“Haha Hilang Monday Blues Hari Ni…” Gelagat Adik Salah Arah Ketika Lumba Lari Buat Ramai Tak Kering Gusi!

Hiburan

Hampir memasuki bulan Mei tahun ini, kebanyakan sekolah sudah pun mulai acara sambutan sukan tahunan sebelum bermulanya Ramadan. Pasti ada antara kalian yang terkenangkn kenangan lalu menyertai acara sukan sekolah bukan?

Namun dalam kesibukan kehidupan seharian, ada satu rakaman kejadian ketika hari sukan yang menjadi viral sejak beberapa hari lalu. Memang cukup mencuit hati bila menonton gelagat anak-anak yang menyertai acara balapan di acara sukan sekolah!

Rakaman yang dikongsikan oleh Mohd Hafis Ismail di laman Facebooknya itu meraih 17,000 perkongsian yang sekaligus menjadi bualan hangat netizen.

Manakan tidak rakaman satu minit itu memaparkan acara lumba lari 4X4 pelajar sekolah rendah. Namun apa yang membuat ianya kelakar adalah pada saat ke 45, peserta berbaju merah.

Korang tengoklah sendiri melalui video di bawah:

Memang yakin habis adik tersebut berlari walaupun berlawanan arah. Guru yang cuba mengejar pun tak sempat. Cukup bersungguh!

Rata-rata netizen turut terhibur dan meninggalkan komen seperti berikut:

“Fokus sangat sampai cikgu kejar pun tak berhenti”

“Kesian cikgu sekali ikut berlari. Hahah”

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Mohd Hafis Salleh via HCL