Hajat Neelofa Nak Ziarah Masjid Al-Aqsa

Hiburan Islamik

Selebriti dan usahawan terkenal, Noor Neelofa mengakui tahun hadapan, dia mempunyai beberapa impian yang mahu direalisasi, termasuk menziarahi salah sebuah masjid utama dalam Islam, Masjid Al-Aqsa yang terletak di sebuah kompleks di kota Baitulmaqdis (Jurusalem).

Katanya kepada MH, dia memasang impian untuk menzahirkan hasratnya itu tahun hadapan, sekiranya dipermudahkan.

“Ada satu lokasi yang saya niat untuk melawat, iaitu Masjid Al-Aqsha. Sebagaimana yang kita tahu, masjid tersebut antara yang mulia di sisi agama Islam selepas Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. InsyaAllah, moga impian tercapai,” katanya.

Pada masa sama, Lofa turut memberitahu, dia mempunyai kenalan yang pernah mengiringi beberapa selebriti tempatan untuk menziarah lokasi berkenaan.

“Dia merupakan individu yang membawa beberapa selebriti tempatan kita ke sana. Katanya pengalaman berbeza andai berada di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Ia berbeza di antara setiap satunya.

“Jadi InsyaAllah akan dapat pengalaman baru. Agak risau juga tetapi katanya kita perlu ajak dan yakinkan muslim untuk ke sana sebab kalau tidak, suatu hari nanti mungkin tiada lagi orang Islam yang menziarahi atau beribadat di masjid itu langsung.

“Jadi sebab itulah, ada yang memberi kesedaran kalau ada peluang, usaha untuk ke sana,” terang Lofa.

View this post on Instagram

🖤

A post shared by Noor Neelofa Mohd Noor (@neelofa) on

Ditanya mengenai soal keselamatan pula, Neelofa mengakui dia perlu tawakal andai diizinkanNya menjejakkan kaki ke masjid itu.

“Saya kena tawakal. Lagipun, sudah ada orang kita yang sudah ke sana sebelum ini. Mahu juga rasai pengalaman itu,” akhiri Lofa yang sudah merancang jika impian menjadi kenyataan, dia mahu membawa ibu dan neneknya ke sana.

Semoga impian dan niat murni Neelofa itu dipermudahkan, InsyaAllah…

Foto: Instagram Neelofa via mediahiburam