Kapsyen ‘Bismillah’ di gambar terbaru, Hannah Delisha sudah berhij4b?

Pelakon cantik, Hannah Delisha yang mencipta nama di Malaysia dengan drama Mencintaimu Mr. Photographer dilihat semakin aktif melebarkan sayap lakonannya di negara ini.

Sering muncul sebagai watak heroin, wajah cantik seperti anak patung membuatkan Hannah menjadi pilihan pengarah-pengarah drama dan filem bagi menambah seri garapan mereka.

Hannah pakai tudung ke?

Namun begitu, Hannah telah mencuri perhatian warganet apabila memuat naik satu gambar dirinya mengenakan hij4b di Instagram dengan menulis kapsyen ringkas ‘Bismillah’.

 

View this post on Instagram

 

Bismillah🤍

A post shared by Hannah Delisha (@hannahdelisha) on

Ramai yang memuji

Menerusi perkongsian foto tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan memuji penampilan Hannah yag terlihat sangat cantik.

Ada juga yang mendoakan agar pelakon tersebut kekal berhij4b dan terus istiqomah andai dia benar-benar sudah memakai tudung walaupun tiada kenyataan rasmi daripada pihak Hannah sendiri.

Semoga istiqomah kak

 

Awak nampak cantik sangat!

Sejuk mata memandang

 

Biodata Penuh Hannah Delisha, Pelakon Drama Mencintaimu Mr. Photographer

Biodata

Nama penuh: Hannah Adlina Blackburne Birch

Nama popular: Hannah Delisha

Tarikh lahir: 27 Oktober 1996

Umur: 22 tahun

Asal: Singapura

Label: Faithful Music

Pekerjaan: Pelakon, penyanyi, pengacara dan model

Media sosial: Twitter @hannahdelisha dan Instagram @hannahdelisha

Fakta Menarik

1. Berwarganegara Singapura, beragama Islam, namun berdarah kacukan Inggeris-Melayu. Bapanya berbangsa Inggeris manakala ibunya pula berbangsa Melayu Singapura.

2. Pernah menganggotai kumpulan duo Delisha bersama adiknya, Mia Delisha. Kumpulan ini terbit dengan sebuah single berjudul ‘Retak’.

3. Hannah kemudiannya bergelar penyanyi solo pada 2015 menerusi single ‘Anugerah’ ciptaan Akir dan Frozen daripada kumpulan Hyperact

4. Diikuti dengan single kedua ‘Esok Masih Ada’ pada tahun 2017 yang juga mendapat sentuhan komposer sama.

5. Manakala pada 2018, Hannah kembali dengan single ketiga berjudul Tak Perlu Kata Apa-Apa.

6. Beliau mempunyai kelebihan menguasai lebih sepuluh lagu dalam pelbagai bahasa. Antaranya lagu berbahasa Cina, Hindi, Arab, Jepun dan Sepanyol. Kemahiran itu diajarkan sendiri oleh ibunya.

7. Ibunya, Noor Ashikin Ahmad merupakan penyanyi era 80-an yang juga dikenali dengan gelaran ‘Kakcik Wujud’ kerana terlibat dengan ahli krew Wujud di mana mereka aktif dalam penerbitan beberapa CD dan DVD ekspedisi realiti seram. Noor Ashikin yang dahulunya merupakan artis syarikat rakaman Scorpio pernah terkenal dengan lagu-lagu popular seperti Tiada Lagi Ucapan Sayang, Kerana Mulut dan Sinar Di Matamu.

8. Hannah pernah membintangi beberapa drama saluran Suria seperti Farhana (lakonan pertamanya di televisyen), Kemelut, Kathy Gerenti dan Bingit.

9. Antara pencapaian membanggakan beliau seawal setahun lebih penglibatannya dalam dunia lakonan tempatan Melayu Singapura iaitu pada tahun 2017, ialah kejayaan merangkul anugerah Personaliti Wanita Paling Popular di Pesta Perdana Singapura edisi ke-14 sekaligus mengenepikan pelakon-pelakon wanita seperti Nurul Aini, Izyan Mellyna, Lydia Asyiqin dan Sheryn Aisiqa.

10. Ia sekaligus menjadikan Hannah antara pemenang termuda kategori berkenaan kerana baru sahaja berusia 20 tahun ketika itu.

11. Pada 2017, Hannah mula melebarkan sayap ke bidang lakonan Malaysia apabila menerajui drama rantaian fenomena, Mencintaimu Mr Photographer yang disiarkan menerusi Slot Astro Megadrama, berlakon sebagai watak utama di sisi aktor Syafiq Kyle.

12. Pada 2018, Hannah kembali meledak menerusi watak Ellie Farhana dalam drama Alamatnya Cinta.

 

Sumber: Hannah Delisha, OMM, Iluminasi

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf