“Cantik tudung bawah dada..”- Netizen puji sopannya Hannah Delisha

Penangan hebat watak Amani, iaitu seorang antagonis dalam drama Cinta Sekali Lagi telah berjaya menarik perhatian ramai terhadap pelakonnya, Hannah Delisha.

Bahkan, keberkesanan lakonannya itu mendorong segelintir warganet yang tidak suka akan watak Amani, mem4rahi Hannah sehingga ada yang terg4mak menyuruhnya untuk membuka tudung.

Nampaknya, pelakon yang berasal dari Singapura ini telah berjaya menj1wai watak lakonan dan membvktikan bakatnya seiring dengan rupa paras yang jelita.

Umum mengetahui bahawa pada awal September lalu, pelakon berusia 24 tahun itu membuat keputusan untuk berhij4b. Justeru itu, ramai yang memuji penampilan barunya itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hannah Delisha (@hannahdelisha)

Baru-baru ini, pemilik nama Hannah Adlina Blackburne Birch itu berkongsi beberapa keping gambar di sebuah majlis menerusi laman Instagram miliknya.

Dalam gambar itu, Hannah kelihatan menawan mengenakan hijab bermotifkan bunga-bungaan yang dilabuhkan hingga menutupi bahagian dada bersama busana berwarna putih.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hannah Delisha (@hannahdelisha)

Posting gambar tersebut turut mendapat perhatian ramai dan rata-rata warganet memuji penampilan pelakon ini yang nampak sopan dan ayu.

Kalau tak comel, bukan Hannah namanya

  

Cantik sangat akak pakai tudung bawah dada

Sopannya! Masyaallah

Terdahulu, dia pernah terfikir berkenaan rezeki selepas berhijab akan tetapi dia tidak r1sau mengenai perkara itu kerana percaya rezeki adalah milik Allah SWT.

 

Sumber: Instagram Hannah Delisha, OMM

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! MH Network

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.