Hanya sekali lafaz, Raja Afiq sah bergelar suami anggota polis viral Soffwany Yusoff

Keluarga Semasa Tempatan

Hari ini pelakon kacak Raja Afiq hanya dengan sekali lafaz telah pun sah menjadi suami kepada seorang anggota polis, Soffwany Yusoff, 31.

Pernik4han berlangsung di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah, Shah Alam, Selangor pada pukul 9 pagi tadi. Pasangan itu dinik4hkan oleh bapa pengantin perempuan, Mohamad Yusoff Lebai Hamzah.

Raja Afiq dah jadi suami

Majlis yang diadakan hanya menjemput keluarga terdekat, menyaksikan Raja Afiq menyerahkan wang hantaran berjumlah RM15,000 dan mas kahwin sebanyak RM1101 bersama lima dulang dan dibalas tujuh oleh pihak pengantin perempuan.

Bercakap kepada pemberita, Raja Afiq yang popular dengan drama Sayangku Kapten Mukhriz, meluahkan rasa syukur urusan pernik4hannya bersama Soffwany berjalan lancar dan dipermudahkan.

Jodoh kuat…

Tambahnya, dia tidak menyangka perkenalan singkatnya bersama perserta Suara Viral itu membawa hubungan mereka sehingga ke jinjang pelamin.

Pasangan itu akan diraikan dalam satu majlis sederhana yang diadakan untuk para kenalan dan rakan media di Bukit Jelutong, Shah Alam.

 

Sumber : mStar Online

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.