Sah! Harris Alif & Intan Ladyana nik4h 6 Februari ini, dapat tajaan RM13.5 juta

Hvbungan percintaan pelakon cantik, Intan Ladyana, 38 dan selebriti muda, Harris Alif, 22 bukan lagi rahsia. Kerap memuat naik gambar bersama di media sosial, pasangan ini dilihat sangat terbuka dan tidak kisah menjalinkan hvbungan walaupun perbezaan usia yang agak ketara.

Sejak semalam, pasangan ini telah melakukan posting yang sama di Instagram masing-masing berkenaan sidang media yang bakal dilakukan oleh mereka di saluran YouTube Harris jam 2.00 petang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 🎬 (@intanladyana)

Status di laman instagram Harris pula…

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Harris Alif (@harrisalif)

Pilih tarikh 6 Februari 2021

Menerusi sidang media tersebut, Harris dan Intan sudah bersedia untuk ke fasa perkahwinan. Mereka memilih tarikh 6 Februari 2021 untuk disatukan.

Intan Ladyana, Harris Alif Umum Nikah 6 Februari Ini

Tajaan jutaan ringgit

Lebih menggembirakan, pernik4han mereka ditaja jenama barang kemas The House Of Ceres Jewels mencecah RM13.5 juta. Selain daripada itu, ada juga beberapa tajaan yang akan diterima seperti busana semasa pernik4han, resepsi dan majis bertandang oleh beberapa designer terkenal.

Tambah mereka lagi, persiapan mereka juga sudah 90 peratus selesai dan hanya menanti diijab kabulkan lebih kurang sebulan dari sekarang.

Tonton sidang media disini:

Desas desus kahwin, Intan Ladyana dah ‘ready’…

Terdahulu, Pelakon Intan Ladyana, 38, tidak mengiya atau manafikan pengkhabaran mengenai dia dan kekasihnya, pengacara Harris Alif, 21, kini dalam perancangan untuk berkahwin.

Pasangan yang berbeza usia 17 tahun ini dikata merancang berkahwin pada Mac depan dan kini masih dalam proses mencari lokasi sesuai untuk majlis hari bahagia itu.

Beza Umur 17 Tahun, Intan Ladyana Sah Bakal Berkahwin Dengan Harris Alif Februari Depan - Media Hiburan

Intan ditemui berkata dia akan berkongsi mengenai perkara berkenaan (perkahwinan) apabila tiba masanya. Ujar pelakon filem Jangan Pandang Belakang ini, dia takkan merahsiakannya.

“Insya-Allah, bila tiba masanya akan diberitahu juga nanti, tunggulah. Bukan saya taknak mengaku (rancang kahwin), tapi biarlah sampai masanya dahulu.

Saya ini jenis orang yang tidak suka bercerita, kalau tak ada apa-apa lagi. Cuma, yang boleh saya cakap sekarang, Insya Allah akan diberitahu nanti,” katanya kepada Harian Metro.

Ditanya juga mengenai kesediaannya untuk melangkah ke fasa berumah tangga, Intan berkata pada usianya sekarang tidak mungkinlah, dia masih tidak bersedia lagi.

“Insya- Allah, saya dah sedia. Pada umur saya kini, kalau masih tak sedia, tak tahu lah. Apapun doakan sahaja.

“Dalam soal peribadi ini, saya memang tak gemar bercerita sangat. Sejak dari dahulu, saya memang memilih untuk lebih berkongsi cerita mengenai kerjaya berbanding peribadi,” katanya.

 

Sumber: Harris Alif, OMM, HMetro

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf