Hidayah syukur dapat buka kedai sendiri selepas 5 bulan berniaga cempedak goreng tepi jalan

Lawak & Seram

Selepas hampir lima bulan berniaga cempedak goreng, b4lu kepada allahy4rham pelawak terkenal, Abam telah berjaya memperoleh kedainya sendiri.

Sebelum ini, Hidayah hanya berniaga di tepi jalan sahaja cempedak goreng dan telah pun mendapat sambutan begitu menggalakkan daripada orang ramai.

Hal tersebut telah dimaklumkan sediri Hidayah menerusi Instagramnya dengan meluahkan rasa syukur diatas khabar gembira tersebut.

Hasil titik peluh meniaga cempedak

Menurut Hidayah, kedai tersebut diperoleh hasil titik peluhnya berniaga cempedak goreng dan usaha itu telah direalisasikan oleh abangnya apabila membantu mendapatkan kedai daripada pihak Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB).

“Terima kasih mak abah & famili tercinta sentiasa doakan serta support dayah.. terima juga Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) meluluskan permohonan Kedai No.19 degan cepat…”

Alhamdulillah, terus maju jaya Dayah

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, Instagram Hidayah telah dihujani dengan ucapan tahniah diatas kejayaannya itu. Mereka juga tumpang gembira kerana b4lu kepada pelawak terkenal tersebut tetap gigih mencari rezeki sehingga mampu membuka kedai hasil dari titik peluhnya sendiri.

Semoga rezeki Dayah & Hamzah terus dimurahkan

Idola ibu2 tunggal

 

Sumber: Hidayah_abam, OMM

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.