“Hidup Terlalu Singkat Untuk Mencipta Tembok Kebencian”-Netizen Kagum Kemuliaan Hati Bekas Isteri PU Abu, Ain Afini.

Bekas isteri kepada pendakwah bebas PU Abu Sufyan, Ain Afini, selamat melahirkan cahaya mata mereka pada 7 Jun lalu.

Beliau memuat naik status terbaru bersama anaknya dengan panjang lebar seolah telah memaafkan bekas suaminya itu.

Jasad yang meniup cinta sebelum berjumpa,
Denyut jantung yang menolak dari tersembam dalam,
Tendangan kecil yang menjadi peneman setia. .

Alhamdulillah, selamat datang khalifah kecil umi ayah @puabu.official . Semoga membesar dengan sihat, menjadi anak yang soleh, penyejuk mata dan menjadi manusia yang memberi manfaat

Hiduplah dengan berkasih sayang. Sayangi diri, maafkan dan hargai diri sendiri. Secara tak langsung mudah jiwa ini memaafkan orang sekeliling, hidup terlalu singkat untuk mencipta tembok kebencian. Pilih lah pilihan yang menenangkan hati dan mendekatkan diri dengan redha Allah. .

Terima kasih family, ayah @puabu.official tolong uruskan makcik ni 

Lalu statusnya itu mendapat pujian ramai dan menganggap Ain seorang wanita yang boleh di jadikan contoh ..

Nampaknya Ain menerima baik takdirnya menjadi seorang ibu tunggal dalam masa sama tidak menjauhkan anaknya dari mendapat kasih sayang seorang ayah .

sumber : IG ain afini

error: Content is protected !!