Semua Hospital Lembah Klang Penuh, Tempat Parking Kereta Jadi Wad Sementara C0vid-19

Kuala Lumpur: Ruang parkir Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan (HATTM) bertukar menjadi ‘wad sementara’ bagi menampung pesakit C0vid-19 kategori empat dan lima yang semakin meningkat di Lembah Klang.

Jeneral Tan Sri Affendi Buang berkata, ruang parkir bawah itu sememangnya ruang yang digazetkan sebagai Zon Pengurusan Bencana (DMZ) yang direka khas ketika awal pembinaan hospital itu bagi menghadapi kes bencana kimia dan biologi.

“Ia juga dis0kong dengan faktor kemudahan sedia ada yang terbina di kawasan berkenaan daripada aspek bekalan kuasa elektrik, bekalan oks1gen, ‘vacvm p0rts’ dan bantuan sokongan perubatan yang mampu mengendalikan pesak1t dengan kapas1ti yang bersesuaian.

“DMZ berkeupayaan menyediakan 50 katil tambahan diletakkan di bawah pemerintahan Pegawai Memerintah HATM Brigadier Jeneral Datuk Dr Rosman Ab Rahman dan Lt Kol Dr Mohamad Azlan Arrifin sebagai Komander 0perasi,” katanya pada kenyataan hari ini.

Ruang parkir bawah Hospital Tentera Tuanku Mizan (HATTM) bertukar menjadi wad sementara bagi menampung pesakit Covid-19 kategori empat dan lima. FOTO Ihsan Mindef Ruang parkir bawah Hospital Tentera Tuanku Mizan (HATTM) bertukar menjadi wad sementara bagi menampung pesakit C0vid-19 kategori empat dan lima. FOTO Ihsan Mindef

Wad COVID-19 di parkir hospital ATM Affendi meninjau DMZ Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Wangsa Maju bagi untuk menampung keperluan rawatan pesakit COVID-19. – Gambar MARKAS ATM

Menurutnya, persiapan DMZ yang siap sepenuhnya semalam, turut dibantu Kementerian Kesihatan (KKM) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).

“Ia akan ber0perasi sepenuhnya untuk menerima pesakit C0vid-19 bagi kategori empat dan lima hari ini,” katanya yang turut membuat lawatan ke lokasi berkenaan.

Turut hadir Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera Leftenan Jeneral Datuk Dr Zulkeffeli Mat Jusoh.

COVID-19: Pesakit ditempat di luar Jabatan Kecemasan HTAR untuk sementara – Dr Sha’ari

COVID-19: Pesakit ditempat di luar Jabatan Kecemasan HTAR untuk sementara - Dr Sha'ari Semua pesak1t yang ditempatkan di kawasan itu telah dir4wat terlebih dahulu di Jabatan Kecem4san. – Gambar/ Facebook Charles Santiago

TERDAHULU, tular di media sosial apabila pesakit kelihatan bergeIimpangan di merata-rata tempat di hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk mendapatkan r4watan c0vid-19.

Terkini, menerusi laporan media penempatan katil tambahan bagi pesakit COVID-19 di luar Jabatan Kecemasan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang terpaksa dilakukan sementara menunggu kekosongan katil wad.

Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, Datuk Dr Sha’ari Ngadiman, menjelaskan semua pesakit yang ditempatkan di kawasan itu telah dirawat terlebih dahulu di Jabatan Kecemasan.

“Bagi Hospital Shah Alam pula, peningkatan kemasukan pesakit akut di Jabatan Kecem4san hospital itu adalah disebabkan hospital itu dijadikan Hospital Berpakar Major non-C0VID yang memberi r4watan akut pesakit non-COVID sekitar daerah Petaling,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Beliau memberi penjelasan mengenai status semasa keadaan hospital di Selangor susulan penuIaran gambar keadaan di Jabatan Kecem4san HTAR dan Hospital Shah Alam di media sosial.

Dr Sha’ari memaklumkan, semua hospital di negeri Selangor menerima peningkatan kes C0VID-19 yang tinggi terutamanya melibatkan pesakit kategori tiga dan ke atas secara berterusan sejak akhir Jun 2021.

Justeru katanya, pihak HTAR dan Hospital Shah Alam sedang dalam proses menambah kapasiti katil di hospital masing-masing.

Selain itu, katanya mobiIisasi kakitangan kesihatan dari luar turut dijalankan bagi membantu situasi C0VID-19 di Lembah Klang membabitkan pegawai perubatan, jururawat dan penolong pegawai perubatan.

“Penambahan bilangan katil juga sedang diusahakan melalui pengaktifan hospital medan di Hospital Tuanku Mizan oleh Angkatan Tentera Malaysia dan perolehan darurat peralatan perubatan di peringkat Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS),” katanya lagi.

 

Sumber: Harian Metro, AWANI

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.