“I am a wife and a mother of 4 kids” – Ramai Makan Hati Tengok ‘Body Goals’ Beby Maembong

Hiburan

Gaya dan penampilannya bagaikan anak dara kerana memiliki fizikal tubuh yang ramping dan menawan.

Tetapi, mungkin ramai yang tidak tahu usahawan, Beby Maembong sudah mendirikan rumah tangga bersama Nazry serta memiliki empat orang anak.

Beby atau nama sebenarnya Nurulaini Ismail ada berkongsi sepotong video di akaun Instagramnya.

“Im a wife to @nazry_84 and a mother of 4kids and a founder to @slimdollz_hq..

“And you are?..

“Ok kalau mcm ni.. Edit tak pinggang i? Ohhh dear makcik onion..

“XOXO sayang semua,” tulis Beby.

Serentak dengan itu, netizen telah memuji kecantikan kakak kepada pelakon popular, Emma Maembong.

Selain itu, Beby juga ada berkongsi beberapa keping gambar bersama suami dan anak-anaknya.

sumber : beby maembong / media hiburan