i-Citra: Pastikan Akaun Bank Pembayaran i-Citra Anda Mengikut Tiga Syarat Ini

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menerusi laman Twitter mengingatkan ahli yang ingin membuat pengeluaran i-Citra supaya memastikan akaun bank mereka menepati tiga syarat.

Seperti yang dikongsikan di laman Twitter, pengeluaran i-Citra akan dibayar ke dalam akaun bank anda. Jadi, ahli perlu memastikan akaun bank mereka mengikut syarat ini:

  1. Nombor akaun bank aktif (simpanan atau semasa)
  2. Akaun di atas nama ahli sendiri
  3. Bukan akaun bersama atau akaun syarikat.

Kemudahan pengeluaran i-Citra boleh mula dibuat perm0honan pada 15 Julai ini. Ahli dibenarkan untuk membuat pengeIuaran sehingga RM5,000 iaitu dalam tempoh 5 bulan di mana RM1,000 pada setiap bulan.

i-Citra: Guna dana Akaun 2 dahulu sebelum akses Akaun 1 – KWSP

i-Citra: Guna dana Akaun 2 dahulu sebelum akses Akaun 1 - KWSP Sekiranya dana Akaun 2 tidak mencukupi, barulah pihaknya akan membenarkan pem0hon mengakses Akaun 1. – Foto Astro AWANI

TERDAHULU, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan menggunakan dana simpanan di dalam Akaun 2 pemohon pengeluaran i-Citra.

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan menjelaskan, sekiranya dana Akaun 2 tidak mencukupi, barulah pihaknya akan membenarkan pemohon mengakses Akaun 1.

“Jika anda lihat kepada pelaksanaan i-Citra, ia akan dikeluarkan menerusi Akaun 2 di mana ia merupakan akaun yang boleh diakses oleh ahli dalam siatusi tertentu seperti perumahan, perubatan, pendidikan atau sebagainya.

“Menerusi i-Citra, pengeluaran awal adalah daripada Akaun 2. Sekiranya ia tidak mencukupi – yang mana kami tahu situasi kini sangat genting, maka kami akan benarkan akses Akaun 1.

“Kami cuba mencari keseimbangan antara membantu ahli dan memastikan mereka ada dana persaraan yang mencukupi,” katanya pada sesi perbincangan ‘MIDF Conversations’ secara maya, pada Khamis.

Jelasnya, keputusan untuk melaksanakan i-Citra adalah sesuatu yang sukar ekoran tujuan utama KWSP adalah untuk membantu ahli selepas persaraan.

Pada Isnin, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelaksanaan i-Citra di mana 12.6 juta ahli KWSP layak menikmati inisiatif terbabit.

Inisiatif di bawah Pakej Perlindungan Rakyat & Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) itu dijangka dapat menyalurkan RM30 bilion kepada rakyat untuk menampung keperluan harian.

Beliau berkata, ahli KWSP boleh membuat pengeluaran sehingga RM5,000, dengan kadar bayaran tetap RM1,000 sebulan selama lima bulan, tertakluk kepada jumlah simpanan semasa.

PEMULIH: Perm0honan pengeluaran I-Citra KWSP dibuka 15 Julai

PEMULIH: Permohonan pengeluaran I-Citra KWSP dibuka 15 Julai PEMULIH: Permohonan pengeluaran I-Citra KWSP dibuka 15 Julai

SEMENTARA itu, i-Citra kemudahan pengeluaran terkini Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi membantu ahlinya dalam jangka pendek untuk mendepani cabaran kesan daripada Per1ntah K4walan Pergerakan, akan dibuka untuk permohonan bermula 15 Julai ini.

Dalam satu kenyataan, KWSP berkata ahli boleh mula memohon kemudahan itu menerusi portal dalam talian i-Citra di icitra.kwsp.gov.my dengan pembayaran pertama dijangka akan dikreditkan dalam akaun ahli pada Ogos 2021.

Semua ahli di bawah 55 tahun layak untuk memohon i-Citra, yang membolehkan mereka mengeluarkan sehingga maksimum RM5,000 tertakluk kepada jumlah baki di kedua-dua Akaun 1 dan 2.

Jumlah pengeluaran yang diluluskan akan dibayar untuk tempoh sehingga lima bulan dengan bayaran bulanan sebanyak RM1,000 sebulan tertakluk kepada baki simpanan atau minimum RM50.

Turut diperlukan adalah nombor telefon bimbit yang telah dikemas kini untuk menerima Kod Pengesahan Transaksi (TAC) dan akaun bank peribadi aktif untuk memudahkan proses permohonan.

i-Citra diperkenalkan sebagai inisiatif bagi membantu ahli KWSP yang berdepan cabaran dan diusahakan setelah dipertimbangkan dengan teliti mengenai cara terbaik untuk membantu ahli terjejas, sekali gus berpegang kepada mandat KWSP.

“Walaupun KWSP tetap komited untuk membantu melindungi dana persaraan ahli, kami maklum perlunya keseimbangan bagi keperluan semasa dengan simpanan masa depan dan kemudahan sementara bagi membantu ahli dalam menghadapi p4ndemik ini,” katanya.

Untuk maklumat lanjut, ahli boleh merujuk laman web KWSP di www.kwsp.gov.my atau menghubungi Hotline i-Citra di talian 03-8922 4848.

 

Sumber: KWSP, Siakap Keli, Awani, BERNAMA

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf