Saya bersyukur tapi kalau bayar i-Citra Ogos masa tu rakyat dah tercekik, Ini cadangan Najib…

Saya amat bersyukur kepada kerajaan PN dan pihak KWSP untuk membenarkan pengeIuaran melalui skim i-Citra (yang gantikan skim i-Sinar dan i-Lestari).

Mengikut pengumuman PM8, perm0honan bagi skim ini akan bermula pada 15 Julai dan bayaran pertama sebanyak RM1k hanya akan dibayar pada bulan Ogos.

Perlu ingat bahawa sekiranya bayaran pertama RM1k ini dibuat pada 1 Ogos 2021, pemohon terdes4k sudah bert4han selama 2 bulan 21 hari sejak PKP 3.0 seluruh negara bermula pada 12 Mei.

May be an image of calendar and text

Saya percaya ramai akan mempunyai tvnggakan komitmen yang lebih besar apabila sampai tarikh 1 Ogos sebab sudah berkvrung hampir 3 bulan tanpa pendapatan atau dengan pendapatan yang berkvrang.

Jadi, adakah bayaran pertama RM1k hanya pada bulan Ogos akan memenuhi keperluan serta tvnggakan komitmen bagi mereka yang sudah berkurung hampir 3 bulan?

Harap skim ini boleh ditambah baik dengan menukar bayaran RM1k X 5 bulan ke:

– Julai: RM2k
– Ogos: RM2k
– September: RM1k

Apapun, jumlah bagi bayaran pertama perlu lebih tinggi berbanding bayaran seterusnya sebab sudah wujudnya tvnggakkan.

Saya cadang begini, memandangkan:

1. Sistem pengeIuaran yang diguna pakai bagi i-Lestari/i-Sinar sudah ada. Elya pun sudah ada untuk memulakan perm0honan (harap tanpa syarat) minggu depan dan bukan pada 15 Julai.

2. Aliran tunai dari caruman bulanan baharu yang diterima KWSP sekitar RM10 bilion sebulan sudah mencukupi untuk membiayai pengeIuaran i-Citra tanpa menjual aset atau b0n KWSP.

3. Kebanyakan sektor dijangka dibuka semula pada bulan September/Oktober di bawah Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara dan keperluan untuk bergantung pada pengeIuaran KWSP akan berkurang masa itu.

Patut juga pertimbangkan untuk naikkan pengeIuaran maksima bagi golongan M40 yang mempunyai baki simpanan KWSP melebihi RM100k dari RM5k ke RM10k sebab komitmen bulanan golongan M40 biasanya lebih tinggi berbanding golongan B40.

Sekali lagi, saya ucapkan terima kasih kepada pihak KWSP.

Morat0rium Pemulih bukan aut0matik, tanpa faedah: Najib

Najib Razak defiant over 1MDB corruption claims | Financial Times

DALAM PADA ITU, dalam hantaran terdahulu di laman sosial beliau pemberian morat0rium di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) did4kwa bukan aut0matik dan tanpa faedah.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak berkata, morat0rium tersebut tidak sama seperti tahun lepas di mana faedah serta penalti bagi pinjaman sewa beli selain pinjaman lain telah dikecualikan.

Selain itu menurut Najib, peminjam biasa masih perlu mem0hon namun dijanjikan pemberian secara aut0matik manakala peminjam daripada kategori perusahaan kecil dan sederhana (PKS) pula masih perlu sem4kan dan kelulusan bank.

May be an image of text

“Perjanjian pindaan syarat-syarat baharu masih perlu ditandatangan dan ini menggambarkan bahawa tempoh bayaran peminjam bakal dilanjutkan bertahun-tahun lagi walaupun tempoh morat0rium cuma sehingga enam bulan kerana bank tidak mengecualikan sebarang caj faedah.

“Ini adalah antara aduan yang diterima sejak tahun lepas oleh peminjam yang rasa tertipu dengan bank yang mengambil kesempatan dalam kesempitan.

“Sebab itu, Perdana Menteri suruh fikir baik-baik sebelum memohon morat0rium ‘aut0matik’ ini sebab ia akan tambah komitmen pada peminjam. Bank tak akan rugi. Malah akan tambah untung,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya pada Isnin.

Mengulas lanjut mengenai pemberian morat0rium tersebut, Najib berpandangan, pihak bank perlu membaIas budi kepada peminjam dengan mengecualikan faedah ataupun memberi diskaun faedah sehingga 50 peratus bagi tempoh enam bulan morat0rium.

Jelas Najib, ia memandangkan banyak bank sebelum ini telah diselamatkan oleh ‘ba1l-out’ kerajaan pada kr1sis tahun 1997 hingga 1998 membolehkan mereka mengaut keuntungan ratusan bilion dalam tempoh 10 tahun lepas.

“Sekali lagi, saya saran kerajaan untuk arah bank untuk henti mengvgut pem1njam dengan panggilan tiap-tiap hari untuk membayar pinjaman selagi negara di bawah Sek4tan Penuh Pergerakan (total l0ckd0wn). Jika peminjam lem4s, bank juga akan terjejas pada akhirnya,” katanya.

Morat0rium 6 Bulan & i-Citra, Ini Antara Inisiatif Lain PEMULIH Yang Diumumkan Perdana Menteri

Foto: Buzzkini

TERDAHULU, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi menerusi satu Perutusan Khas telah mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi(PEMULIH) iaitu program bantuan khas yang bernilai RM150 Bilion untuk rakyat Malaysia yang terkesan.

Berlandaskan 3 matlamat utama iaitu ‘Teruskan Agenda Prihatin Rakyat, Sokong Perniagaan dan Tingkatkan Vaks1nasi’ di bawah kami kongsikan beberapa inisiatif Pemulih yang seusai untuk orang awam seperti yang telah diumumkan Perdana Menteri :

Morat0rium 6 bulan

 

Menurut Perdana Menteri, kerajaan bersetuju untuk memberikan morat0rium enam bulan tanpa syarat kepada semua peminjam individu, sama ada dari golongan B40, M40 atau T20, dan usahawan mikro.

Bagi permohonan ini, anda hanya perlu memohon dengan bank anda mulai 7 Julai 2021 dan kelulusan akan diberikan secara automatik. dimana tiada semakan tentang pemotongan gaji, kehiIangan pekerjaan, dan tiada dokumentasi yang perlu dikemukakan.

“Sukacita saya umumkan, dengan kerjasama pihak bank, morat0rium enam bulan akan diberikan kepada semua peminjam individu, sama ada dari golongan B40, M40 atau T20, dan usahawan mikro.

“Tiada lagi syarat seperti pengurangan pendapatan, tiada semakan sama ada anda telah hilang pekerjaan dan tiada lagi dokumentasi yang perlu dikemukakan untuk permohonan. Anda Cuma perlu memohon dan kelulusan akan diberikan secara automatik.

Turut ditawarkan kepada pengusaha PKS yang terjej4s, tertakluk pada kelulusan bank

“Kemudahan ini juga ditawarkan kepada pengusaha PKS yang terjejas tertakluk kepada semakan dan kelulusan pihak bank. Permohonan akan dibuka pada 7 Julai 2021. Peminjam hanya perlu memohon dan menandatangani perjanjian pindaan syarat-syarat pinjaman yang berkaitan”

Perdana Menteri

www.mstar.com.my/image/830/553?url=https%3A%2F%...

Kemudahan PengeIuaran KWSP i-Citra

Kerajaan turut memperkenalkan kemudahan pengeluaran baharu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), yang diberi nama i-Citra.

Bagi kemudahan ini, 12.6 juta ahli KWSP dijangka dapat membuat pengeluaran sehingga RM5,000, dengan kadar bayaran tetap RM1,000 sebulan selama lima bulan, tertakluk kepada jumlah simpanan semasa.

“Pelaksanaan i-Citra dijangka dapat menyalurkan 30 bilion ringgit kepada rakyat untuk menampung keperluan harian.

“Ahli boleh mula memohon kemudahan pengeluaran KWSP di portal dalam talian i-Citra di icitra.kwsp.gov.my mulai 15 Julai 2021, dengan pembayaran pertama dijangka akan dikreditkan dalam akaun ahli pada bulan Ogos 2021,” katanya lagi.

Bantuan Khas C0vid-19

Bagi Bantuan Khas C0vid-19 (BKC),  kerajaan akan menyalurkan bantuan tunai langsung yang akan diagihkan secara berperingkat dan mengikut kumpulan mulai Ogos yang dijangka dinikmati seramai 11 juta isi rumah, w4rga emas dan individu bujang.

Bantuan RM500 Untuk mereka hiIang pekerjaan

Kerajaan akan menyalurkan sebanyak 500 ringgit pada bulan Oktober nanti khas untuk pekerja yang kehilangan pendapatan berdasarkan data KWSP atau PERKESO dalam tahun 2021.

Bantuan ini dijangka memanfaatkan sehingga 1 juta ahli yang melibatkan implikasi kewangan RM 500 Juta ringgit.

Elaun My Future Jobs untuk Pencari kerja

Kerajaan juga akan memperluaskan Elaun Mencari Pekerjaan kepada bukan pencarum PERKESO khususnya graduan baharu, lepasan sekolah dan pekerja sektor tidak formal.

Mereka yang berminat boleh mendaftar di bawah platform MYFutureJobs dan bakal menerima elaun sekurang-kurangnya 300 ringgit.

Program Janapreneur di bawah HRD Corp

 

Selain itu, Kerajaan akan memperuntukkan RM 125 juta ringgit melalui HRD Corp untuk melaksanakan inisiatif Place and Train di bawah program Janapreneur terutamanya kepada belia lepasan sekolah dan graduan.

Inisiatif ini dijangka membuka peluang kepada 30 ribu orang untuk mengikuti program latihan kemahiran dengan jaminan pekerjaan setelah tamat latihan.

Menurut Perdana Menteri lagi, MDEC pula akan menambah baik program sedia ada iaitu eRezeki dan GLOW bagi membantu lebih 20 ribu pencari pekerja dalam ekonomi gig.

Selain dari program Bantuan Bakul Makanan berjumlah RM300,000 yang akan dikelolakan semua ahli parlimen, kerajaan turut memperuntukkan 10 juta ringgit bagi melaksanakan Bantuan Bakul Makanan khusus untuk masyarakat Orang Asli.

Diskaun Bil Elektrik untuk pengguna Domestik

Kerajaan juga akan memberikan diskaun bil elektrik antara 5 hingga 40 peratus mengikut penggunaan kadar elektrik dengan had maksimum 900 kilowatt jam sebulan. Antaranya, diskaun sebanyak 40 peratus akan diberikan kepada penggunaan elektrik bawah 200 kilowatt jam sebulan dan 15 peratus bagi penggunaan antara 201 hingga 300 kilowatt jam sebulan.

Secara keseluruhan, pengguna domestik akan mendapat diskaun berjumlah 346 juta ringgit dan diskaun ini akan berkuat kuasa bagi tempoh tiga bulan mulai bil bulan Julai 2021.

Reb4t 10% Bil Elektrik untuk sektor ekonomi terjej4s

Kerajaan juga akan melanjutkan pemberikan diskaun elektrik 10% selama 3 bulan lagi hingga Disember 2021 kepada pengguna bukan domestik bagi sektor ekonomi yang terjejas seperti pengendali hotel, taman-taman tema, pusat konvensyen, pusat beli-belah, pejabat syarikat pelancongan tempatan serta agensi pengembaraan dan pelancongan.

 

Sumber: Facebook Najib Razak, Sinar Harian, Buzzkini

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf