RM1000 Duit Interim i-Sinar Kategori 2 Dah Masuk! Bagi Yang Belum KWSP Beritahu Ini

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan bahawa ahli yang memohon kemudahan i-Sinar di bawah Kategori 2 akan menerima pembayaran interim sehingga RM 1,000 daripada jumlah keseluruhan yang dimohon, mulai 26 Januari 2021 hari ini.

Pembayaran interim tersebut adalah bertujuan membantu mengurangkan b.eban kewangan ahli yang terkesan akibat peningkatan jumlah kess C0VID 19 serta b.encana banjir yang berlaku di beberapa negeri di Malaysia.

Ianya juga adalah untuk membantu ahli memenuhi keperluan asas, sementara permohonan mereka menjalani proses kelulusan oleh KWSP.

Untuk mempercepat dan mempermudahkan pembayaran wang interim tersebut, KWSP hanya memerlukan ahli membuat pengisytiharan kendiri dan memuat naik dokumen sokongan di laman i-Sinar Online.

Proses ini diperlukan untuk melindungi simpanan ahli daripada sebarang pen.ipuan atau aktiviti s.cam.

Bagi mereka yang sudah memuat naik dokumen sokongan mereka, pembayaran interim ini akan bermula dari 26 Januari 2021, sementara untuk permohonan baharu yang masih belum memuat naikkan dokumen sokongan yang relevan, pembayaran interim akan diproses dalam masa tujuh (7) hari dari tarikh permohonan diterima.

Setelah permohonan ahli disahkan dan diluluskan, KWSP akan meneruskan pembayaran amaun seperti yang dimohon, setelah ditolak amaun pembayaran interim tersebut.

Sekiranya pengisytiharan kendiri didapati tidak benar atau tidak disokong oleh dokumen yang telah dimuat naik, KWSP berhak menghentikan pembayaran seterusnya.

Bayaran interim i-Sinar Kategori 2 RM1000 sudah masuk

Untuk makluman, Sudah ada Pemohon yang mula menerima pembayaran i-sinar KWSP interim pada hari ini.

Anda boleh menyemak status permohonan i-Sinar anda melalui;

  1. i-Sinar Online di kotak Semak Status Permohonan; atau
  2. i-Akaun anda di tab Pengeluaran dan semakan di Sejarah Pengeluaran; atau

Sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi hotline khas i-Sinar di 03 – 8922 4848.

Syarat Kelayakan Interim i-Sinar

Syarat untuk ahli yang layak memohon kemudahan interim ini adalah seperti berikut :

  • Pemohon i-Sinar kategori 2
  • Ahli KWSP yang masih bekerja tetapi gaji pokok telah berkurangan sebanyak 30% ke atas.
  • Ada baki minimum RM100 daripada jumlah yang dipohon.

Contoh Situasi Interim RM1,000

Untuk lebih mudah faham, sila lihat contoh yang diberikan :

Situasi En Razali,

Razali telah mengalami pengurangan pendapatan sebanyak 40%, jadi dia memohon kemudahan i-Sinar dan memilih untuk buat pengeluaran RM10,000.

Beliau telah memilih RM5,000 untuk amaun pembayaran pertama.

Jadual pembayaran untuk permohonan Razali adalah seperti berikut :

interim i sinar contoh situasi 1

Situasi Siti,

Siti layak untuk memohon i Sinar kategori 2, beliau telah memohon pengeluaran sehingga RM700, kerana baki akaun 1 Siti hanya ada RM800 (perlu ada minimum baki RM100).

Berikut adalah jadual pembayaran Siti :

semakan interim i sinar

 

Kredit: KWSP, MySumber

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf