i-Sinar KWSP: Boleh keluar sehingga RM60,000 dari akaun 1, Ini yang perlu anda tahu!

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan perincian dan kelayakan akses ke Akaun 1 bagi kemudahan i-Sinar.

Ia bakal melibatkan dua juta ahli yang layak dengan sejumlah RM14 bilion disediakan.

Menurut KWSP dalam satu kenyataan pada Isnin, langkah berkenaan dibuat bagi memperluaskan skop i-Sinar yang merangkumi ahli yang kehilangan pekerjaan, diberi cuti tanpa gaji atau tiada sumber pendapatan akibat pandemik C0VID-19.

“Ahli yang layak boleh membuat permohonan bermula Disember 2020.

“Amaun akan dikreditkan dalam akaun bank ahli pada hujung bulan selepas permohonan dibuat. Pengkreditan pertama akan bermula pada Januari 2021.

“Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam bulan bermula pada tarikh pertama pengkreditan,” katanya.

Kenyataan yang sama juga menyebut ahli yang layak boleh mengakses 10 peratus daripada amaun simpanan mereka dalam Akaun 1, tertakluk kepada baki minimum RM100.

Sebagai contoh:


Menurut kenyataan itu lagi, ahli yang memilih untuk memohon kemudahan i-Sinar perlu menggantikan amaun yang telah didahulukan.

“Caruman baharu akan dikreditkan 100 peratus ke dalam Akaun 1 sehingga amaun pendahuluan yang diterima telah digantikan semula.

“Selepas itu, caruman akan kembali ke kadar pecahan asal iaitu 70 peratus bagi Akaun 1 dan 30 peratus bagi Akaun 2.

“Bagi menentukan amaun yang diperlukan untuk permohonan di bawah i-Sinar dan memastikan kelangsungan hidup semasa krisis, ahli digalakkan untuk mendapatkan nasihat kewangan melalui Pegawai Khidmat Nasihat Persaraan (RAS) KWSP dan/atau Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK),” katanya.

Maklumat lebih lanjut serta butiran terperinci berkenaan kelayakan i-Sinar serta terma dan syarat akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

Program i-Sinar, manifestasi KWSP sokong usaha kerajaan bantu rakyat – Tengku Zafrul

Program i-Sinar, manifestasi KWSP sokong usaha kerajaan bantu rakyat - Tengku Zafrul Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, program itu adalah hasil perbincangan di antara KWSP dan Kerajaan dalam menambah baik inisiatif pengeluaran Akaun 1 secara bersasar. – Gambar BERNAMA

Sementara itu, Program i-Sinar yang dimumumkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini adalah kesinambungan program i-Lestari yang dilancarkan pada Mac 2020.

Menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, program itu adalah hasil perbincangan di antara KWSP dan Kerajaan dalam menambah baik inisiatif pengeluaran Akaun 1 secara bersasar.

“Mendvkung semangat prihatin rakyat, kerajaan telah memperkenalkan pelbagai bantuan dan insentif untuk membolehkan rakyat menghadapi cabaran-cabaran semasa ekoran penvlaran w4bak C0VID-19.

“Pakej-pakej rangsangan ekonomi yang diperkenalkan sejak Mac 2020 – PRIHATIN, PRIHATIN PKS Tambahan, PENJANA dan KITA PRIHATIN bernilai RM305 bilion, termasuk Belanjawan 2021 dengan peruntukan terbesar dalam sejarah negara sebanyak RM322.5 bilion – adalah manifestasi komitmen kerajaan untuk melindungi kesejahteraan dan kebajikan rakyat secara berterusan.

“Program i-Sinar yang telah diumumkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini adalah kesinambungan kepada program i-Lestari (pengeluaran simpanan Akaun 2) yang telah pertama dilancarkan KWSP pada Mac 2020,” katanya dalam kenyataan media pada Isnin.

EPF to announce Account 1 withdrawal, i-Sinar next week

Di bawah i-Sinar, Tengku Zafrul menjelaskan, syarat pengeluaran adalah terbahagi kepada kategori simpanan Akaun 1 bawah RM90,000 dan kategori simpanan Akaun 1 melebihi RM90,000.

Buat kategori ahli KWSP yang memiliki simpanan Akaun 1 RM90,000 dan ke bawah, ahli boleh membuat pengeluaran secara beransur selama 6 bulan sehingga maksimum RM9,000; dengan pengeluaran pertama sehingga RM4,000.

Pengeluaran bulanan seterusnya adalah pada tahap maksimum RM1,000 sebulan.

Manakala bagi kategori ahli yang mempunyai jumlah simpanan Akaun 1 melebihi RM90,000, ahli dibenarkan mengeluarkan secara ansuran selama 6 bulan sehingga maksimum RM60,000 (tertakluk kepada jumlah simpanan); dengan pengeluaran pertama sehingga RM10,000. Pengeluaran bulanan seterusnya adalah pada tahap maksimum RM10,000 sebulan.

“Kerajaan berharap pendekatan ini bukan sahaja meringankan beban aliran tunai, tetapi dapat memenuhi keperluan rakyat dalam menghadapi cabaran semasa. Penambahbaikan ini telah dibuat berpandukan data dan analisa profil tanggungan ahli KWSP yang terkes4n serta pert1mbangan tren jangk1tan C0VID-19.

“Pendaftaran i-Sinar akan bermula pada bulan Disember 2020 dan pengeluaran pertama akan dilaksanakan mulai Januari 2021. Butiran lanjut boleh didapati di pautan www.kwsp.gov.my.

“KWSP mens4sarkan sehingga 2 juta ahli yang terkesan C0VID-19 akan dapat memanfaatkan i-Sinar, iaitu golongan yang telah keh1langan pekerjaan, pekerja sektor formal yang tidak mampu mencarum selama 2-bulan bertvrut-tvrut, atau pekerja yang diberi cuti tanpa gaji oleh majikan,” katanya.

Dalam pada itu, kerajaan ingin mengingatkan jelas Tengku Zafrul, bahawa program i-Sinar akan berjalan serentak dengan beberapa lagi inisiatif dan bantuan menerusi KWSP, termasuk program i-Lestari dan pengurangan caruman bulanan oleh pekerja yang telah diumumkan dalam PRIHATIN dan Belanjawan 2021.

Program i-Sinar dianggarkan bernilai sebanyak RM14 bilion, program i-Lestari RM30 bilion, pengurangan caruman pekerja kepada 7% (bagi tahun 2020) bernilai RM8 bilion dan pengurangan caruman kepada 9% (bagi tahun 2021) pula dianggarkan sebanyak RM9 bilion.

Inisiatif KWSP yang dilaksanakan bagi membantu kelangsungan hidup rakyat bagi tahun 2020-2021 adalah berjumlah RM61 billion.

Bagaimanapun teg4s Tengku Zafrul, kerajaan sedar bahawa KWSP merupakan simpanan hari tua ahli, justeru terdapat keperluan mengimbangi antara bantuan dan kepentingan persaraan untuk masa depan.

“KWSP memainkan peranan yang penting dalam pembangunan negara secara langsung dan tidak langsung. Antara lain, KWSP memegang 30% bon kerajaan, 25% bon korporat dan 10% dalam pasaran ekuiti.

“Dalam hal ini, kebolehan KWSP untuk terus menyokong usaha kerajaan dalam melindungi rakyat dan pembangunan negara adalah hasil kecekapan pengurusan dan ketelusan kawalan selia yang berterusan sejak dahulu lagi.

“Kerajaan berterima kasih kepada KWSP dalam perkara ini. Kerajaan juga ingin mengingatkan bahawa bantuan-bantuan lain bagi melindungi rakyat di bawah PRIHATIN, PENJANA dan KITA PRIHATIN serta Belanjawan 2021 masih berjalan atau bakal dilaksanakan tidak lama lagi.

“Ini termasuk bayaran fasa kedua BPN 2.0, pembayaran rayuan Bantuan Sara Hidup 2020, pembayaran Geran Khas Prihatin 2.0, Program Subsidi Upah 2.0, Bantuan Prihatin Rakyat dan pelbagai lagi. Dalam hal ini, Kerajaan tidak pernah berkompromi dalam usaha melindungi nyawa dan kehidupan rakyat,” jelas Menteri Kewangan itu.

 

Sumber: Astro Awani

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf