“Ibu Ayah Telah Tiada, Hidup Tanpa Adik Beradik..”- Tumpahnya Air Mata Lelaki Di Saat Akad Nikah.

Santai Semasa

Semalam, telah tular beberapa keping gambar pernikahan seorang lelaki yang menyentuh hati kerana menangis selepas selesai majlis ijab dan kabul.

Air mata lelaki
Dikenali sebagai Syazwan Abdullah, lelaki tersebut telah memuat naik gambar semasa pernikahannya dan telah tular di media sosial kerana reaksi yang ditunjukkan selepas majlis pernikahan.

Gambar yang dimuat naik pada 5 Jun 2019 itu telah menyebabkan ramai tertanya-tanya mengapa dia begitu tersentuh sehingga menitiskan air mata.

Image may contain: 1 person, sitting

Ibu dan ayah sudah tiada

Menerusi perkongsian tersebut, Syazwan yang mesra disapa Epul dilihat menangis disebabkan teringat akan ibu dan ayahnya yang sudah di jemput Illahi.

Image may contain: 2 people, people sitting and shoes

Bapanya telah mnggal dunia semasa dia baru berusia 15 hari dan ibunya pula telah pergi 5 tahun yang lepas. Hidup seorang diri tanpa adik-beradik, Syazwan hanya mampu menumpang kasih makcik dan pakciknya sahaja.

Saudara-mara jadi pengganti

Image may contain: 9 people, people smiling, people standing, house and outdoor
Perkara tersebut juga dimaklumkan oleh sepupunya di Facebook semasa memuat naik gambar mereka semua berhari raya. Norhayati Saktirun yang bernasib sama seperti Syazwan turut memberitahu bahawa mereka hanya mampu menumpang kasih kepada makcik-makcik mereka sebgai ganti kepada ibu bapa yang telah tiada.

 

Mahal air mata tu

Menerusi komen yang diterima melalui Facebook, rata-rata netizen berasa sayu melihat gambar yang tular itu. Walau bagaimanapun, mereka turut mengucapkan tahniah dan mendoakan agar Syazwan dan pasangan kekal bahagia hingga akhir usia.

Selamat hari raya bang

Sumber :Norhayati SaktirunSyazwan Abdullah