“Ibu dan ayah Mike masih Beragama Buddha..” Biarpun Beza Agama, Kasih Ibu Bapa Ini mendaftarkan Anaknya Masuk Tahfiz Buat Ramai Kagum.

Hiburan

Terharu dan sedih. Itu reaksi warga maya apabila membaca perkongsian di laman Facebook Darul Quran JAKIM berkenaan seorang murid baru yang cukup istimewa.

Tan Mike Foong, seorang remaja kelainan upaya terpilih bersama ratusan pelajar baru untuk melanjutkan  pengajian ke institusi tersebut ditemani ibu dan ayahnya yang beragama Buddha.

Dia mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Pendidikan Khas Setapak sebelum melanjutkan pengajian peringkat Diploma dalam Pengurusan Pejabat di Persatuan Orang Buta Malaysia pada tahun 2013 dan memeluk Islam pada 2015.

Pada tahun lepas,  Mike berjaya menghafaz 10 juzuk dalam tempoh satu tahun selepas ditawarkan Sijil Asas Tahfiz Darul Quran seterusnya diberi peluang untuk menyertai program pengajian Diploma Tahfiz sesi 2019 di institusi yang sama.

“Beliau ditawarkan program pengajian Diploma Tahfiz untuk sesi 2019 atas kemampuan, kesungguhan dan prestasi yang luar biasa semasa pengajian Sijil Asas Tahfiz 2018,” kata wakil Darul Quran di laman rasmi Facebook mereka hari ini.

Image may contain: 2 people, people standing
Gambar: Hamidah Uda Ahmad

Ibunya, Ang Bee Cheng dan ayah, Tan Ang Chong sentiasa memberi sokongan kepada Mike dalam menghafaz al-Quran dan menjalani hidup sebagai seorang Muslim.

“Pada cuti semester, ibu Mike sentiasa dilihat menghantar dan menunggu Mike di masjid untuk solat lima waktu dan solat Jumaat.”

Mereka juga menziarahi Mike di asrama pada setiap minggu untuk memastikan keperluannya mencukupi.

“Di rumah setiap pagi dia akan mengaji al-Quran. Ulang dia punya hafazan,”kata ibunya.

Baca kisah Mike, penulis teringat seorang remaja bernama Muadh yang menghafaz Al-Quran walaupun dalam keadaan tidak dapat melihat. Moga kita semua dapat jadikan kisah dua insan hebat ini sebagai inspirasi dan muhasabah diri.

Sumber: Darul Quran JAKIM,