”Ibu mimpi nampak wajah saya umpama ahli syurga, bersinar.. “- Ust Abu Syafiq Sebak.

Hiburan Semasa

Sejak akaun Facebook digodam, Ustaz Abu Syafiq dilihat memilih laman sosial Instagram bagi berkongsi maklumat atau apa sahaja berkaitan dirinya.

Meskipun beliau memilih untuk menutup ruangan komen, namun mungkin itu jalan terbaik bagi mengelak warganet menulis komen bersifat ftnah dan mengumpul dosa kering.

Malah sebenarnya masih ramai mengikuti perkembangan semasa beliau, apatah lagi semenjak isu perdebatan dengan warganet susulan ‘statement’ beliau yang didakwa ditujukan kepada Ust Ebit Lew.

Mimpi ibunya

Sementara itu perkongsian terbaru Ustaz Abu Syafiq di Instagram sebentar tadi menarik perhatian orang ramai.

Ia susulan pendakwah bebas itu memberitahu ibunya menelefon untuk memberitahu bahawa dia nampak wajah Abu Syafiq muncul di dalam mimpinya.

” Hari ini ibu saya hubungi saya…jarang ibu saya call sebab biasanya saya yang call.

” Ibu bagitau dia bermimpi nampak wajah saya umpama ahli syurga bersinar pulang kerumahnya. Sebak saya.

” Semoga Allah merahmati ibu saya seperti dia merahmati saya ketika saya kecil bahkan lebihkan lagi rahmat buat ibu.” tulis Abu Syafiq

Tampil jelaskan isu sebenar dengan Ebit Lew

Hari ini juga, Abu Syafiq tampil mempertahankan diri dan menjelaskan bahawa status di laman sosial sebelum ini mengenai teguran dalam menjaga aiib ketika memberi sumbangan tidak ditujukan khas kepada Ebit.

Menurutnya, timbul salah faham berkaitan posting tersebut apabila ia disamakan dengan aktiviti kebajikan yang dilakukan Ebit.

Perkara itu dijelaskannya ketika ditemubual oleh seorang bekas wartawan penyiaran TV3, Ryzal Ibrahim.

Rakaman temubual oleh bekas wartawan TV3 dengan Ustaz Abu Syafiq yang dimuat naik di Facebook miliknya.

” Masa saya tulis tu, demi Allah saya tak tahu Ebit masukkan dalam Facebook sebab saya tak follow dia. Saya tak tahu langsung… saya tak tuju kepada dia dan saya tak tahu langsung.

” Tapi ada orang ambil statement saya… (cantumkan) kata Ustaz Abu Syafiq ni kutvk Ebit Lew. Kemudian baru saya tahu Ebit letak gambar.

” Saya tak tahu sebelum itu. Tak ada kaitan dengan Ebit Lew sebenarnya,” katanya dalam temu bual tersebut.

sumber : cempedakcheese