Ibu tunggal terpaksa berhut4ng mi segera, buat alas perut anak2

Keluarga Semasa Tempatan

Kehilangan suami sejak April lalu, membuatkan seorang ibu tunggal bernama Rini Mohd Yusup, 41, terpaksa memikul tanggungjawab membesarkan tiga anaknya, Mohamad Safuan, 8, Mohamad Alsam, 6, dan Nor Saimah, 4.

Selepas suaminya, seorang warga Bangladesh, Saiful, 50, meninggal dunia, ibu kepada tiga orang cahaya mata ini terpaksa menggantikan kerja suaminya iaitu menoreh getah.

Ambil tugas suami t0reh getah

Sebelum ini hanya menjadi suri rumah tangga sepenuh masa, Rini meskipun mengakui tidak mahir menoreh getah namun dia perlu juga melakukan demi sesuap nasi buat anak-anaknya.

Tetapi, pendapatan mula terjejas memandangkan keadaan cuaca yang kerap hujan menyukarkan dia untuk mendapatkan hasil getah.

Mengharapkan ihsan orang

Kini, Rini yang merupakan warga Acheh menetap di Kuala Krai, hanya mengharapkan sumbangan ihsan daripada mana-mana pihak yang telah sudi membantu.

Rini berkata, dia memasang hasrat untuk pulang ke kampung halaman di Acheh selepas sempadan dibuka, memandangkan dia sudah tiada lagi keluarga terdekat di negara ini.

“Keluarga saya di Acheh sana pun susah dan hanya bekerja di kebun sayur tapi sekurang-kurangnya saya dapat berada di samping keluarga kerana di sini langsung sudah tiada sesiapa lagi…”

Tambah ibu tunggal ini lagi, mengenang nasib anak-anak dia sehingga tebalkan muka dengan berhut4ng dua bungkus mi segera di kedai runcit untuk makan malam mereka empat beranak.

“Hut4ng di kedai runcit sentiasa ada sehinggakan saya sudah berasa malu untuk terus berhut4ng makanan tapi demi anak saya tebalkan muka kerana jika tidak, kami akan berlapar…”

“Jiran tetangga semua baik dan sentiasa menghulurkan bantuan termasuk makanan menyebabkan saya tidak sanggup untuk terus membebankan mereka,”

RINI bersama tiga anaknya. FOTO Siti Rohana IdrisRINI bersama tiga anaknya. FOTO Siti Rohana Idris

Terdahulu mereka dikunjungi kumpulan aktivis masyarakat iaitu Pertubuhan Cempaka Merah Asnaf, yang diwakili Che Norhayati Mohamed tampil menghulurkan sumbangan makanan kepada mereka empat beranak.

Rini yang datang ke negara ini dan bekerja sebagai pembantu rumah di Kuala Lumpur sejak 20 tahun lalu, berkata hidup berlapar seakan sudah lali bagi mereka malah pernah berhut4ng dua bungkus mi segera di kedai runcit untuk makan malam mereka empat beranak.

Menurutnya, biasanya dia dan tiga anaknya hanya makan sekali sehari dan jika ada beras yang diberi jiran, mereka akan masak dan makan dengan berkuahkan budu sahaja.

“Saya sudah biasa hidup susah tapi apabila melihatkan wajah anak, kerap air mata ini jatvh kerana tidak mampu memberi keselesaan buat mereka.

“Saya janji apabila sempadan negara dibuka nanti, kami akan kembali ke Acheh kerana sudah tiada apa-apa lagi buat kami di sini kecuali mengenangkan kebaikan jiran tetangga yang akan saya ingat sampai m4ti,” katanya.

 

Sumber : Harian Metro (Siti Rohana Idris), OMM

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.